Milan memang dikenal sebagai “kota fesyen”. Memang tak dapat dinafikan rata-rata penduduk di kota ini berdandan dengan glamour. Kebiasaanya, jika seseorang itu sudah bertambah usia, kepedulian tentang fasyen akan berkurang seiring dengan umurnya.
Namun, akaun Instagram, @Sciuraglam ini membuktikan sebaliknya. Ternyata fesyen bukanlah dimonopoli oleh golongan muda sahaja.
Ada ramai wanita lanjut usia yang tetap bergaya moden dan berjalan dengan elegan di kota Milan. Gaya para wanita ini ada yang boleh mengalahkan anak muda.
Hal ini telah dibuktikan oleh pemilik akaun Instagram tersebut yang merupakan pelajar kedoktoran gigi yang bernama Angelo. Menurut laporan Metro UK, pertama kali Angelo memuat naik gambar wanita-wanita stylish pada tahun 2016 dengan menggunakan kamera telefonnya.
Foto-foto itu kemudiannya dia kumpulkan dan dimuatnaik ke akaun Instagram @sciuraglam. Instagram @sciuraglam kini telah memiliki 127 ribu follower. Berikut antara gambar-gambar wanita berusia yang menjadi pilihan Angelo.
Angelo akui sangat terpesona dengan pilihan busana wanita Milan dan kagum pada keupayaan mereka terhadap fesyen.
Namun ada juga berpendapat, pada umur lanjut sebegini, berfesyen mungkin tidak sesuai untuk dipraktikkan selalu memandangkan faktor usia yang menghalang. Buat sesiapa yang mempunyai tanggapan sebegitu, deretan gambar-gambar dari Angelo ini dah membuktikan bahawa ia salah sama sekali.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.