Isu Gambar Bogel: Netizen Anggap Tindakan Aeril Zafrel Kurang Bijak

Mesti Baca

Gempar! Pengarah & Suami Aktres Terkenal DM Teman Lelaki Nur Sajat?

Kontroversi mengenai usahawan sensasi Nur Sajat telah menarik ramai perhatian untuk memberi kenyataan termasuklah para selebriti iatu suami kepada...

Mak Ayah Dihina Sampai Panggil ‘Bodoh’? Dekati Kisah Kak Girl Yang Menyentuh Hati

Kak Girl sebak hingga mengalirkan air mata dalam sebuah video temubual eksklusif bersama selebriti dan influencer oleh Subhome. Dalam video...

Memakai Gelang Berlian Puteri Diana, Ini Alasan Meghan Markle

Meghan Markle memakai perhiasan istimewa sewaktu wawancara beliau yang bakal datang dengan Oprah Winsfrey. Memakai Gelang Berlian Mendiang Puteri Diana Sewaktu...

Semalam, industri hiburan dikejutkan dengan sebuah gambar lucah yang memaparkan individu mirip pelakon Aeril Zafrel yang menjadi tular di laman sosial sejak semalam dan lebih memalukan ianya turut dikongsi di aplikasi lucah.

Netizen Anggap Aeril Kurang Bijak 

Menafikan individu tersebut adalah dirinya, Aeril turut memuat naik gambar bogel itu tanpa sebarang suntingan kabur (blur) bagi membuktikan dakwaan yang dikaitkan dengan dirinya. Walaubagaimanapun, pelakon kacak itu telah pun memadam gambar berkenaan selepas beberapa jam memuatnaik gambar bogel itu di laman Instagram nya.

Meskipun begitu, terdapat segelintir netizen mengecam tindakannya serta melabelkan alasannya itu sebagai tidak wajar dan kurang bijak.

“Pasal gambar bogel itu aku rasa betul kata netizen Aeril Zafrel tak perlu kot posted gambar penuh tanpa blur (bahagian kemaluan). Walaupun alasan nak buktikan itu bukan dia sebab tak sunat. Cukuplah jelaskan itu bukan kau.

“Jadi profesional dan bijak kerana pengikut kau sah-sah daripada pelbagai umur dan status,”

Aeril Pertahankan Tindakan

Enggan melatah dengan teguran tersebut, bagi Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Sunari mempertahankam tindakan yang dilakukan nya dan menganggap tujuan muat naik gambar tersebut sebagai satu bukti dan fakta kepada penafiannya.

“Pernah dengar ungkapan ‘bercakap biar ada fakta. Ada bukti biar jelas?’ Rasa itu diguna pakai dalam semua mahkamah perundangan dan salah satu cara ciri ke atas menghakimi seseorang.

“Selain itu, sebagai langkah menepis persoalan berbangkit seperti, “eh kurang jelas, ada bukti?” ujarnya.

Isu gambar bogel melibatkan artis bukanlah satu isu baru terutamanya pada tahun ini melibatkan begitu ramai selebriti terutamanya selebriti lelaki. Semakin membimbangkan!

Terkini

Unik & Menarik! Koleksi Alphabet dUCk Cipta Kelainan Kepada Si Pemakai

Dengan membawakan huruf abjad A – Z, dUCk mengajak orang ramai untuk “Jadi Diri Anda Yang Sebenar” (Truly be...

Artikel Berkaitan