Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

‘Saya Tak Ada Masalah Dengan Sesiapa’- Shila Amzah Jawab Isu Sombong

by Khai Azfar
September 20, 2018
Share on Facebook

Penyanyi Shila Amzah sebelum ini pernah dikaitkan dengan beberapa isu kontroversi termasuklah mengenai tingkah lakunya yang dikatakan kini semakin sombong.

Tidak Mempunyai Sebarang Masalah Dengan Sesiapa 

Menjawab isu tersebut, Shila berkata dia sama sekali tidak mempunyai masalah dengan mana-mana pihak. Beranggapan sesetengah pihak telah salah tafsir mengenainya, menurut Shila ini adalah dirinya yang sebenar dan barang kali kerana raut wajahnya itu terdapat dakwaan kononnya dia semakin sombong.

“Sebenarnya saya tak ada masalah dengan sesiapa pun. Cuma saya tak reti berpura-pura depan orang dan tak adalah merajuk sampai nak terus tinggal di China. Cuma mungkin sekarang rezeki lebih disana”

Shila Jelas Isu Salah Faham Libatkan Penyanyi Terkenal

View this post on Instagram

A post shared by DBILIQUE (@dbilique)

Dalam perkembangan lain, Shila turut berkesempatan untuk menjelaskan kembali mengenai kontroversi yang melibatkan dua penyanyi terkenal baru-baru ini. Jelas Shila dia menganggap tweet tersebut telah disalah erti diantara pengikutnya sehingga melibatkabn beberapa nama penyanyi terkenal.

Tambahnya lagi, dia sekadar memberi pandangan sebagai seorang anak seni yang berpengalaman menyertai pengalaman sedemikian dan pandangannya itu juga bersifat umum.

” Saya boleh katakan tindakan membuat kesimpulan secara terburu-buru itu adalah sesuatu yang kurang bijak sebab kenyataan saya sebelum ini sebenarnya bersifat Terbuka. Malah tidak tujukan pada sesiapa. Cuma bagi saya yang pernah menyertai pertandingan seumpama ini, saya cuma luahkan pendapat umum. Jadi nasihat saya lebih bagus jika kita bersangka baik dengan semua tidak kira selebriti ataupun peminat”

Shila ditemui murai.my ketika di siri jelajah Dbilique di Kompleks PKNS Bangi yang dikendalikan oleh Faizal Ismail dan Fara Fauzana. Dbilique akan bersiaran secara langsung di trak bersama tetamu selebriti, di lokasi yang berbeza. Selain berpeluang menyaksikan siaran Dbilique bersiaran secara langsung, peminat Dbilique juga dapat melihat replika studio Dbilique di trak tersebut.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
shila amzah
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Gambar Pernikahan Anak Perempuan Ku Nan, Nadira Dengan Anak Menteri Indonesia

  2. 2

    Ramai Tak Tahu, Terrapuri Heritage Resort Di Terengganu Ini Dibina Daripada Rumah Melayu Tradisional Berusia Ratusan Tahun

  3. 3

    Bukan Semua Salah Pemandu! Isu Penunggang Motorsikal Bawa Laju Ketika ‘Lane Splitting’ 

  4. 4

    Konsert BTS Di Kuala Lumpur: 10 Hal Penting Yang ARMY Perlu Alert

  5. 5

    Kena Sumpah? Ramai Hairan Datum Jelatek Di Keramat Kosong Walaupun Popular Sebab ‘View’ Cantik

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara