Hubungan Zayn Malik dengan Gigi Hadid kembali terima ujian. Kali ini seorang tukang urut membuat pengakuan heboh ada hubungan sulit dengan Zayn Malik. Wanita berusia 41 tahun bernama Enrica Petrongari itu mengaku pernah tidur dengan Zayn Malik.

Hal itu ia ungkapkan dalam wawancaranya dengan The Sun, Enrica mengaku sangat terkejut ketika mengetahui Zayn memiliki rasa tertarik pada dirinya ketika putus dari Gigi Hadid beberapa waktu lalu.

IKLAN

“Zayn Malik boleh dengan mudah mendapatkan gadis manapun yang diinginkannya, walaupun dia masih bersama dengan Gigi. Jadi aku sangat terkejut ketika dia memperhatikanku, seorang wanita gendut berusia 41 tahun,” tuturnya.

Dia pun menambah,

“Dia berkata padaku kalau dia suka dengan wanita berpinggul besar. Dia membuatku terasa istimewa. Tapi akhirnya aku sedar dia hanya mempergunakanku”

Menerusi wawancara tersebut, wanita yang dahulu pernah menjadi seorang burlesque dancer ini mengaku dipertemukan dengan Zayn Malik oleh pembantu peribadinya yang bernama Taryn Zimmerman. Hal ini berlaku 2 minggu setelah Zayn putus dari kekasihnya itu.

Apartment Zayn

Erica yang ketika itu masuk ke apartment Zayn tak sedar jika pelanggannya saat itu adalah seorang selebriti terkenal. Sehinggalah dia bertemu Zayn yang sedang beristirahat dalam biliknya.

“Aku masuk ke dalam biliknya dan kami memulakan sesi mengurut. Dia (Zayn) memberitahu dia sangat penat dan  fikiran serabut. Dia menyuruhku untuk datang lagi esok harinya,” tuturnya.