Sebelum ini, selebriti Zulin Aziz pernah mengumumkan bahawa dia sudah bersedia untuk menamatkan zaman bujangnya pada penghujung tahun dan segala persiapan untuk hari bahagianya itu juga sudah dibuat sebaik-baiknya.

Zulin Tidak Jadi Berkahwin

Namun begitu, jika sudah ditakdirkan tiada jodoh diantara mereka, segalanya harus diterima dengan tenang. Begitulah yang terjadi pada Zulin apabila dia mengumumkan majlis perkahwinannya terpaksa dibatalkan di saat-saat akhir.

Lebih menyedihkan, menurut Zulin busana hari bahagianya juga sudah siap dan lagu yang akan ditujukan khas buat bakal suami juga terpaksa diubah lirik.

IKLAN

” Kita hanya merancang tapi Allah sebaik-baik perancang. Hubungan kami gagal, jodoh tak panjang.Sebabnya ..tidak dapat saya kongsi.terlalu peribadi.hati saya hancur hanya Allah saja yang tahu”

https://www.instagram.com/p/BomZwSvgfH8/?taken-by=zulinaziz

Kecewa Dianggap Sebagai Gimik

Menerusi posting yang lain di Instagram nya, Zulin kecewa dengan tohmahan sesetengah pihak yang menganggap berita tersebut hanya sekadar gimik untuk mendapatkan publisiti dan perhatian orang ramai.

Jelas Zulin lagi, disebabkan isu gimik yang menjadi perhatian suatu ketika dahulu melibatkan beberapa pihak lain, kesedihan yang dialaminya juga dianggap sebagai gimik dan satu penghinaan. Meskipun begitu, Zulin mengucapkan terima kasih atas segala nasihat yang diberi selain menyifatkan dia kini mempunyai semangat baru untuk teruskan kehidupan.

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry