Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Mahkamah Tolak Permohonan Farid Kamil Gugurkan Pertuduhan Jenayah

by Khai Azfar
October 17, 2018
Share on Facebook

Awal tahun ini, negara digemparkan dengan isu jenayah yang melibatkan pelakon Datuk Farid Kamil berkenaan pengambilan dakwaan kes dadah dan tuduhan mencederakan anggota polis serta orang awam. Ekoran itu, Farid turut ditahan bagi membantu siasatan.

Mahkamah Tolak Permohonan Farid Kamil

Terbaru, Pejabat Peguam Negara hari ini menolak representasi yang dikemukakan oleh pelakon itu bagi menggugurkan lima pertuduhan kes jenayah yang dihadapinya. Berita tersebut telah dimaklumkan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Firdaous Mohamed Idris semasa sebutan kes di hadapan Majistret Nor Ariffin Hisham. Bagaimanapun, Farid Kamil berkata dia akan menghantar representasi kedua secepat yang mungkin.

Tarikh Perbicaraan Pada 27 November

Dalam perkembangan lain, mahkamah telah menetapkan 27 November ini sebagai tarikh perbicaraan dan dijangka akan berlangsung selama lima hari. Terdahulu, Farid dibebaskan dengan ikat jamin pada 16 Januari dan mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan termasuk menampar seorang anggota polis trafik di Balai Polis Kota Damansara dan turut didakwa menggunakan dadah berbahaya Tetra Hydrocannibol (THC), iaitu ‘11-nor -tetra hydrocannabinol-9-carboxylic acid’ di Pejabat Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
datuk farid kamil
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  2. 2

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Lama Tersimpan Dalam Laci, Tapi Bila Dibuka… Keadaan Telefon Ini Buat Ramai Terkejut!

  5. 5

    Gambar Pernikahan Anak Perempuan Ku Nan, Nadira Dengan Anak Menteri Indonesia

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara