Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita FAKTA

Menyerupai Rosmah Untuk Halloween! Blogger Ini Diugut Simbah Asid

by Khai Azfar
October 18, 2018
Share on Facebook

Blogger dan pengamal media sosial terkenal dari Singapura, Xiaxue atau juga dikenali sebagai Wendy begitu dikenali disana. Sering kali menimbulkan isu kontroversi terutamanya berkaitan kostum Halloween, kali ini Wendy sekali lagi menimbulkan kontroversi sehingga mewujudkan perbalahan pengguna media sosial di Malaysia dan kota singa itu.

‘Menjadi Rosmah’ Untuk Halloween

Pada tahun ini, Wendy telah melakarkan kostumnya menyerupai isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor. Menggayakan set rambut kembang, beserta tudung separuh, gaya tersebut ternyata mencetuskan isu apatah lagi dia turut memakai jumpsuit berwarna jingga yang tertera nama Rosmah bagi melambangkan baju seperti di dalam penjara.

View this post on Instagram

A post shared by Wendy Cheng ? Xiaxue (@xiaxue)

Ambil Masa Hingga 4 Jam

Menurut Wendy, dia mengambil masa hingga 4 jam untuk membuat solekan menyerupai Rosmah malah sanggup melakukan sedemikian untuk tarik perhatian netizen. Terdahulu dia pernah menyerupai pejuang ISIS serta paderi gereja City Harvest yang mendapat lebih dari 600,000 jumlah tontonan di YouTube.

Diugut Simbah Asid

Meskipun hanyalah satu gurauan, Wendy bagaimanapun dianggap sebagai kurang ajar dan tidak menghormati keluarga Rosmah memandangkan mereka sekeluarga kini menjadi isu dalam negara. Malah ada diantara mereka memberi amaran kepada Wendy untuk memadam posting tersebut dan dia diancam disimbah asid sekiranya menjejakkan kaki ke Malaysia.

Meskipun diugut sedemikian, Wendy tetap mempertahankan niatnya dan tidak gentar dengan sebarang ugutaan yang diterima. Apa pula pendapat anda?

kostum rosmahrosmah mansorXiaxue
https://lomp.at/i1koj
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

No Content Available
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  2. 2

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  3. 3

    Ramai Tak Tahu! Kampung Agong Di Penaga Ada Pemandangan Cantik Macam Luar Negara

  4. 4

    Anne Ngasri Dilantik Sebagai Pengerusi Hotel Premiera Kuala Lumpur

  5. 5

    “RM7.80 Je Pun?” – Sikap Sambil Lewa Layan Pelanggan Cetus Rasa Tidak Puas Hati

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara