Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya

Berharga RM 7 Juta, Beginilah Villa Mewah Conor McGregor

by Phic ARMAN
October 29, 2018
Share on Facebook

Pada Mei 2018, petarung seni beladiri campuran (MMA) Conor McGregor dikhabarkan telah membeli vila mewah. Berdasarkan sumber dari beberapa buah media, harga villa tersebut mencapai 1.3 juta Poundsterling atau setara dengan RM7 Juta.

Bukan rahsia lagi, petarung berasal dari Ireland yang ditewaskan oleh Khabib Nurmagomedov ini memang atlet terkaya ke-4 di dunia. Dengan jumlah harta sebesar USD$100 Juta, sudah tentu tak menjadi masalah kalau dia mahu membeli vila mewah di mana-mana pun.

Dipetik dari Daily Mail, vila tersebut dilengkapi dengan teknologi canggih dan memiliki pemandangan yang super cantik.

Jadi bagaimana agaknya rupa vila baru Conor McGregor yang sedang hangat dibicarakan oleh media-media di Eropah ini? Berikut ulasan lengkapnya.

Terletak di Sepanyol

Villa mewah itu ternyata bukan di Ireland, kampung halaman McGregor. Villa itu bukan pula berada di Amerika Syarikat. Jauh dari negara asalnya, villa itu terletak di Marbella, Sepanyol.

Kalau diperhatikan, pemandangannya memang benar-benar luar biasa! Di sana anda boleh melihat padang golf La Resina sekaligus permandangan Laut Mediterranean.

Jadi tak hairanlah jika ia luar biasa mahal. Villa ini mungkin bakal jadi lokasi buat rekreasi Conor dan keluarganya ketika ingin bercuti.

Konsep Moden

Melihat eksterior dari vila tersebut, konsep modennya memang cukup kuat. Kediamannya itu berwarna putih dan tumbuh-tumbuhan di halaman rumahnya juga dijaga dengan sangat rapi.

Di hadapan pintu masuk, ada kolam kecil lengkap dengan air pancut yang sangat indah.

Bilik Tidur Super Mewah

Selain memiliki pemandangan yang luar biasa indah, bilik tidurnya juga mewah. Interior bilik tersebut didominasi warna putih susu dan jingga. Boleh dikatakan, biliknya semewah bilik hotel 5 bintang. Lampu-lampu unik terpasang di atas tempat tidurnya.

Ruang Makan

Warna yang sama juga nampaknya mendominasi ruang makan villa mewah ini. Dari ruang makan, Conor boleh menikmati pemandangan halaman belakang villa yang dilengkapi kolam renang. Tentu saja hal itu disebabkan kerana adanya dinding kaca di ruang makan.

Ruang Tamu Yang Selesa Sekali Buat Bersantai

Ruang Tamu villa mewah ini juga sangat selesa untuk bersantai dengan pemandangannya memang sangat indah.

Pastinya, ruang tamu itu sangatlah cozy. Terlihat ada sofa-sofa pendek berwarna putih susu dan meja kopi di sana. Kolam renangnya juga tak jauh dari kolam renang.

Dilengkapi Dengan Gym

Dah nama pun rumah atlet yang sinonim dengan hobinya bersenam. Sudah pasti Conor harus tetap menjaga kesihatannya agar berada di tahap yang baik. Oleh sebab itu villa ini harus dilengkapi dengan Gym.

Ada Spa Sendiri Dalam Rumah

Yang ini jarang ada di villa-villa mewah. Tempat spa di villa Conor McGregor mungkin jauh lebih hebat dari spa-spa mahal di Kuala Lumpur.

Ya bayangkan saja, siap ada jacuzzi,  lalu di depannya ada tempat tidur untuk mengurut.

Tempat ini mungkin jadi tempat terpenting untuk bersantai. Ini kerana, seorang atlet juga memerlukan hari untuk memanjakan diri dari jadual padatnya. Interior tempat spanya juga benar-benar terlihat cozy.

Itulah villa mewah Conor McGregor di Sepanyol.  Hebat tak?

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Conor McGregor
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Faisal Halim Jawab Mesej Tular- “Kita Boleh Berhubung Secara Baik”

  2. 2

    Ingatkan Kotor, Rupanya Bentuk Garfu Pula Jadi Perhatian! Pelanggan Terhibur Dengan Penemuan Pelik Di Restoran

  3. 3

    Anak Sulung Aziz Sattar Meninggal Dunia, Pernah Mengisi Layar Anakku Sazali

  4. 4

    Niat Nak Bercuti, Berakhir Di Dewan Bedah! Dakwaan Kecederaan Serius Di Taman Rekreasi Cetus Kerisauan

  5. 5

    Katil Besi Sampai Patah Dua! Penyewa Didakwa Hilangkan Diri Selepas Tinggalkan Kerosakan Cetus Rasa Kecewa

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara