Sejak meninggalkan industri filem porno, Maria Ozawa kini lebih aktif di media sosial. Aktres yang berasal dari Jepun yang kini menetap di Filipina ini sering memuatnaik gambar sehariannya di Instagram.
Gambar terbarunya memperlihatkan dirinya kini berada di Indonesia, iaitu di Bali. Bukan untuk sesi penggambaran, wanita ini ke Indonesia untuk menghadiri ulang tahun sahabatnya iaitu seorang DJ dan penyanyi seksi, Barbie Nouva.
Maria sempat memuatnaik gambar bersama dengan juruterbang tatkala tiba di Bali pada Selasa (6/11) yang lalu. Tak lama selepas itu, dia telah memuatnaik gambar seksinya memakai bikini di kolam renang di sebuah hotel.
Pada majlis ulang tahun tersebut, Maria terlihat mengenakan kebaya berwarna merah. Ternyata aura seksi wanita cantik ini masih tetap terpancar. Tak hairanlah penampilannya mencuri perhatian netizen.
Umumnya, Maria sudah beberapa kali mengunjungi Indonesia. Aktres cantik ini juga pernah membintangi filem horor Indonesia berjudul Menculik Miyabi pada tahun 2010, dan pada tahun yang sama juga, dia juga ditawarkan untuk berlakon dalam filem lainnya ia berjudul Hantu Tanah Kusir.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.