Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz HotList

Semakin Cantik! 4 Selebriti Ini Putuskan Berhijab di Tahun 2018

by Zaidin Albert
December 27, 2018
Share on Facebook

Berita mengenai artis Malaysia yang memutuskan untuk berhijab menjadi fenomena kebelakangan ini. Hingga akhir Disember 2018, ada empat artis popular yang rasmi berhijab.

Keputusan mereka berhijab kebiasaanya dapat dihidu menerusi posting foto mereka dalam akaun Instagram. Lebih menarik,  fesyen yang mereka kenakan pun tetap stylish dan simple, namun tetap mengikuti perkembangan zaman terkini.

Keempat artis ini juga sering mendapat pujian dan selalu didoakan oleh para netizen. Dari sini, mereka juga semakin aktif dalam perniagaan dan menjadi duta jenama. Hangat Malaysia telah menghimpun dari berbagai sumber, berikut 4 artis yang mengenakan hijab pada tahun 2018.

Siti Sarah Raissuddin berhijab selepas pulang dari menunaikan umrah bersama suami

View this post on Instagram

A post shared by Siti Sarah Raissuddin (@sitisarahraissuddin)

Memutuskan untuk terus bertudung pada bulan Jun yang lepas, Siti Sarah terlihat sangat selesa dengan imej terbaharunya itu. Sarah turut memohon agar dirinya diberikan hidayah untuk terus kekal bertudung selepas ini. Pelbagai pujian dan doa diberikan oleh peminat untuk penyanyi kesayangan mereka ini.

Fouziah Gous Berhijab Selepas Pulang Dari Menunaikan Ibadat Haji

View this post on Instagram

A post shared by Fouziah Gous (@fouziahgous)

Pelakon Fouziah Gous memutuskan berhijab selepas bergelar hajah sebaik pulang dari menunaikan ibadat haji di Tanah Suci pada September yang lalu. Penampilan terbaharu wanita itu disedari peminat selepas melihat suaminya di akaun Instagram @zhafyusof memuatnaik gambar penampilan bertudung saat mereka sedang berada di sebuah pantai peranginan.

Norish Karman Akui Menyesal Lambat Berhijab

Pelakon Norish Karman akhirnya mengumumkan dia telah berhijab sepenuhnya pada 23 Februari lalu. Bekas penyampai berita sebuah stesen televisyen tempatan itu berkata, keputusannya berhijab dibuat apabila Allah mendengar doanya dan bapanya, Karman Sukarjo. Norish akui mengakui kesal lambat berhijab meskipun bapanya seorang tegas dalam bab pendidikan agama.

Penggayaan Turban Buatkan Tini 3R Lebih Menawan

View this post on Instagram

A post shared by Dr. Kartini Ariffin, Phd (@tini_ariffin)

Sejak September yang lalu, bekas pengacara TV program remaja 3R, Tini atau nama sebenarnya Kartini Ariffin juga beberapa kali memuatnaik foto-foto mengenakan hijab. Berbeza dengan foto Tini yang lain, foto Tini mengenakan hijab paling banyak mendapat pujian dan komen positif dari peminatnya di Instagram.

[VIDEO] Thalita 'Practice' Lagu Arwah Siti Sarah, Buat Netizen 'Meremang'!-"Tone Nak Sama Dengan Ibu Dia..."
fouziah gouskartini ariffinnorish karmanSiti Sarah RaissuddinTini 3R
https://lomp.at/atxip
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

HotList

Konsert Solo Yang Ditunggu 4 Dekad, Fauziah Latiff Akhirnya Bersedia

by Ayu Kamaruddin
January 22, 2026

Empat dekad dalam industri muzik bukan tempoh yang singkat dan bagi Fauziah Latiff, ia bukan tentang menolak peluang, sebaliknya menunggu...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Benarkah Berbuka Puasa di Park Hyatt KL Hotel Di Merdeka 118 Kena Lewat 3 Minit?

  2. 2

    Iftar Ala Picnic Jadi Trend! Ini 5 Lokasi Popular Untuk Berbuka Santai Di Malaysia

  3. 3

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  4. 4

    Makan Di Food Court Cecah RM42, Netizen Luah Rasa Tak Berbaloi

  5. 5

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore