Selepas beberapa hari dirawat di Hospital Shah Alam akibat beberapa komplikasi, ibu kepada penyanyi adik beradik Linda dan Diana Rafar meninggal dunia. Menerusi laman Instagram Diana, dia memohon agar pengikutnya mendoakan kesejahteraan roh ibunya, Rasimah Abdul Rahman.

https://www.instagram.com/p/Bsf9mU8leQo/

IKLAN

“Assalamualaikum semua. Baru sekejap tadi mak Diana meninggal dunia. Tolong doakan mak kami, Rasimah Abd Rahman.

“Minta tolong semua. Saya tak boleh mesej sesiapa untuk cakap perkara ini. Tolong tuliskan dalam Instagram atau apa-apa, minta (doakan) dia semua.

“Alhamdulillah, tadi kami adik-beradik sempat bertemu mak dan mengajarnya mengucap. Semoga Allah ampunkan dosa-dosa mak,” katanya menerusi perkongsian di IG story.

Tambahnya, dia reda dengan ujian ini serta menyifatkan arwah merupakan seorang insan yang kuat. murai.my mendoakan agar roh arwah ibu Linda serta Diana Rafar ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman, aamiin.

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry