Iqram Dinzly Nekad Bersara Dari Dunia Lakonan Setelah Diisytiharkan Muflis?

Mesti Baca

Artis & Instafamous Selar Kes Youtuber Bergaduh Di Gelanggang Futsal

Insiden pergaduhan di sebuah gelanggang futsal minggu lalu yang melibatkan Youtuber terkenal mendapat perhatian ramai termasuk di kalangan selebriti...

Ini Jumlah Yang Dibayar Kepada Meghan & Harry Untuk Wawancara Dengan Oprah Winsfrey

CBS dilaporkan telah membayar jutaan dolar untuk memiliki hak penyiaran wawancara yang sangat dinanti-nantikan iaitu wawancara Oprah Winsfrey bersama...

‘Harap Kamu Mati’- Adik Zyn Malik Disumpah Kerana Tak Dapat Restu

Waliyha adalah adik kepada Zayn Malik dari kumpulan One Direction. Dia pernah muncul dalam video muzik kumpulan itu pada...

Sebelum ini pelakon Iqram Dinzly pernah menyepi buat seketika waktu selepas terkesan kematian bapa kesayangannya. Namun tidak lama kemudian, dia kembali dan terpalit dengan beberapa kontroversi yang melanda dirinya yang dikatakan tidak waras sebelum mengambil keputusan untuk membuat ‘comeback’ dan lebih positif. Akan tetapi semalam, pelakon yang pernah popular menerusi drama dunia baru ini telah membuat keputusan untuk bersara dari dunia hiburan.

Iqram Dinzly Diisytihar Muflis

Semuanya kerana pelakon ini telah diisytihar muflis oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) selepas dia dikatakan gagal membayar cukai pendapatan RM77,000. Keputusan itu telah disampaikan peguam LHDN kepada Iqram di Mahkamah Majistret Ipoh. Sejurus selepas itu, Iqram atau nama sebenarnya Muhammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin meluahkan rasa kecewa nya di Instagram selain terkilan dengan kenyataan pihak LHDN yang menuduhnya seperti sengaja tidak membayar cukai pendapatan.

https://www.instagram.com/p/Bsmd14ABnF8/

Mahu Bersara Dari Dunia Lakonan

Ekoran itu, Iqram juga berhasrat untuk bersara dari dunia lakonan memandangkan statusnya sebagai seorang selebriti antara punca mengapa dia dikenakan cukai pendapatan sedemikian. Sebagai rekod sejak pembabitannya dalam industri hiburan 10 tahun yang lalu, cukai yang dikenakan hampir berjumlah RM200,000.

https://www.instagram.com/p/Bsnh3kDB4la/

Namun dia mendapat pengurangan dan dikehendaki membayar RM77,000 selama 10 hari untuk menjelaskannya. Jika gagal,dia akan diisytiharkan sebagai muflis. Apa pun sama-sama kita doakan yang terbaik buat Iqram!

Terkini

Miley Cyrus Ajak Penonton Untuk Ambil Vaksin Melalui Muzik Video Terbarunya

Miley Cyrus menyeru kepada semua orang untuk mendapatkan vaksin sewaktu pandemik COVID-19 . Dirakam Sewaktu Konsert Outdoor Di Hadapan Audiens...

Artikel Berkaitan