Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

“Baca Dulu Caption Saya”- Abby Abadi Selar Teguran Caprice Mengenai Blackpink

by Khai Azfar
February 25, 2019
Share on Facebook

Peminat terutamanya Blinks, sudah sedia maklum bahawa kumpulan penyanyi Korea terkenal abad ini, Blackpink telah mengadakan konsert selama dua hari di Shah Alam Selangor dengan menyaksikan lebih dari 16,000 peminat membanjiri stadium Malawati Shah Alam bagi menonton konsert kumpulan itu.

Abby Abadi Suarakan Pandangan Mengenai Konsert Blackpink 

Dalam pada itu, konsert berkenaan turut mendapat reaksi dari pelakon, Abby Abadi yang menyuarakan pandangannya mengenai konsert tersebut dimana dia menyifatkan kumpulan itu tampil berimej seksi dan tidak mendapat larangan mahupun bantahan dari mana-mana pihak seperti penyanyi antarabangsa lain sebelum ini. Ekoran itu, Abby teruk dikecam segelintir netizen malah turut mengaitkan imejnya suatu ketika dahulu bersama kumpulan Elite.

Caprice Beri Pandangan Mengenai Abby Abadi 

Melihatkan pada topik berkenaan hangat diperkatakan, penyanyi rap yang sering kali berkongsi video pandangannya di media sosial, Caprice turut menyuarakan pandangannya mengenai Abby serta kumpulan Blacpink.

Menurut Caprice, semua orang akan berubah dan tidak akan meminati sesuatu itu (merujuk kepada kumpulan Blackpink) selama-lamanya. Berkaitan dengan imej pakaian pula, Caprice turut memberitahu bahawa Abby dan kumpulan Elite juga pada suatu ketika dahulu pernah berpakaian seksi dan kini sudah berubah. Kenyataan Caprice itu juga merujuk kepada perubahan yang bakal dialami oleh kelompok peminat Blackpink.

View this post on Instagram

A post shared by Ariz Ramli (@capricedaddycap)

Abby Abadi Terkilan 

Namun begitu, Abby menerusi posting nya di Instagram, dia meluahkan rasa terkilannya pada sebuah portal hiburan dan juga kenyataan Caprice yang seolah-olah telah ditukar belit pada kenyataan asalnya. Jelas Abby, merujuk kepada kenyataannya sebelum ini dia hanya mempersoalkan garis panduan artis luar negara untuk membuat persembahan di Malaysia dan bukanlah mahu mempertikaikan penganjuran konsert tersebut.

Malah pada pengakhiran posting nya, Abby turut menasihati Caprice agar memahami dahulu niat dan intipati kenyataan Abby sebelum memuat naik sebarang video. Yang pasti, niat Abby bukanlah mahu memburukkan mana-mana pihak sebaliknya hanya sekadar ingin menasihati dan mengajak peminatnya ke arah kebaikan bukan?

"Norman Kahwini Saya Tak Sengaja, Dia ‘Frust’ Dengan Orang Lain”- Abby Abadi Buat Luahan, Nama Erra Fazira Disebut Netizen
abby abadiabby abadi blackpinkabby abadi capriceBlackpinkcaprice
https://lomp.at/vd1bs
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

Abby Abadi Beri Respon Kenyataan Umisya-“Jangan Berlebihan Mereka-Reka Cerita…”

by Naddy Joe
April 1, 2026

Pelakon, Abby Abadi tampil memberi penjelas selepas kenyataannya mengenai rumah tangga anak perempuannya, Marissa Dania dan Aslam menimbulkan salah faham...

Read moreDetails
Berita

Aeril Zafrel Tampil Beri Teguran Kepada Tareq Fit!-“Haritu Kau Cakap Aku Dayus..”

by Naddy Joe
April 14, 2026

Pelakon dan usahawan, Aeril Zafrel tampil memberikan teguran terhadap jurulatih kecergasan sensasi, Tareq Fit yang meluahkan rasa kesal terhadap penyampai...

Read moreDetails
Gossip

Isu Dayana Roza Persoal Kenapa Ramai Lelaki Melayu Curang, Reen Rahim Tampil Beri Respon!

by Naddy Joe
April 15, 2026

Pelakon, Dayana Roza membuat perkongsian bersama peminat selepas tular isu curang dalam perkahwinan orang ramai di media sosial, baru -baru...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Gas Naik Harga? Ini Harga Terkini Gas Bagi Tahun 2026

  2. 2

    Warganet Terharu Petua Mesin Basuh Ini Menjadi!- “Semoga Syurga lah Bagi Siapa Bagi Tips Tu”

  3. 3

    Harga Barang ‘Lock’ Sempena Tahun Baharu Cina Bermula 13 Februari, Ini Yang Orang Ramai Perlu Tahu

  4. 4

    Pesta Songkran Di Petaling Jaya Cetus Tanda Tanya, Kelakuan Pengunjung Tak Senonoh- “Bau Arak Bacin”

  5. 5

    [VIDEO] Bapa Sibuk Gigit Dubai Chew Cookie, Tapi Lain Pula Netizen Nampak- “Tercabut Giginya”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara