Sejak semalam, kecoh di media sosial mengenai sebuah video yang tersebar memperlihatkan seorang lelaki yang sedang asyik merakam adegan lucahnya. Lebih menggemparkan, pengguna media sosial mendakwa wajah lelaki di dalam video itu saling tidak tumpah seperti wajah penyanyi remaja lelaki terkenal, Aiman Tino.

Video Lucah ‘Aiman Tino’ Tersebar 

Menerusi carian kami di media sosial, video yang berdurasi 33 saat itu semakin tular dan tidak kurang juga ada segelintir pihak yang mengambil kesempatan menjual video tersebut.

Dakwa pengguna media sosial lagi, mereka turut mempercayai bahawa lelaki dalam video itu sememangnya adalah Aiman kononnya terdapat persamaan latar belakang lokasi video itu dengan sesi temubual Aiman bersama sebuah portal hiburan di rumahnya.

Netizen Banjiri Ruangan Komen 

Sehingga kini, Aiman belum lagi membuat sebarang penjelasan lanjut mengenai kontroversi video berkenaan.

View this post on Instagram

Monday Blues ✨Jangan lupa Banyakkan Minum Air Masak panas2 ni✌🏿 #atf #ariesmusic

A post shared by Therealaimantino (@official_aimantino) on

IKLAN

Namun, netizen mula menghujani ruangan komen Instagram penyanyi itu dengan pelbagai pertanyaan berkaitan isu tersebut.

Apa pun, sama-sama kita nantikan penjelasan dari pihak Aiman kelak.