Thursday, June 26, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Korea

Akui Sebar Video Lucah! Jung Joon Young Undur Diri Dari Industri Hiburan

by Khai Azfar
March 13, 2019
HONG KONG - OCTOBER 10:  South Korean singer-songwriter Jung Joon-young attends a press conference of tvN travel program on October 10, 2017 in Hong Kong, China.  (Photo by VCG/VCG via Getty Images)

HONG KONG - OCTOBER 10: South Korean singer-songwriter Jung Joon-young attends a press conference of tvN travel program on October 10, 2017 in Hong Kong, China. (Photo by VCG/VCG via Getty Images)

Share on Facebook

Sejak beberapa hari yang lalu, kecoh mengenai dunia hiburan Korea (K-Pop) yang melibatkan beberapa orang penyanyi terkenal. Terdahulu, anggota kumpulan Big Bang, Seungri mengumumkan pengunduran dirinya dari industri hiburan selepas dikaitkan sebagai suspek utama kelab pelacuran di sana.

Umum Berundur 

Menyusuli keputusan Seungri, penyanyi Jung Joon Young turut mengumumkan pengundurannya menerusi sebuah kenyataan rasmi. Dalam pada itu, Joon Young mengaku bersalah merakam aksi panas seorang wanita tanpa kebenaran dan kemudiannya berkongsi video lucah tersebut didalam ‘group chat’. Sebagai info di dalam ‘kumpulan’ itu ianya terdiri daripada 8 orang ahli termasuk Seungri BigBang.

Mohon Maaf 

Dalam kenyataannya itu juga, Joon Young memohon maaf kepada semua pihak atas kontroversi yang berlaku dan mengaku malu serta menyesal dengan perbuatannya itu. Selain Seungri dan Joon Young, individu ketiga yang dikenal pasti sebagai suspek adalah rakan perniagaan Seungri yang juga suami kepada Park Han Byul, dikenali sebagai Mr Yoo.

“Saya menulis kepada anda dengan rasa malu dan kesal. Saya, Jung Joon Young, baru kembali ke Korea pada 12 Mac dan menyedari betapa seriusnya situasi ketika ini. Saya memohon ribuan kemaafaan kepada mereka yang terlibat dan mohon diberikan ruang untuk menyatakan maaf saya.

Saya mengakui kesemua dosa serta kesalahan dan tindakan saya. Saya telah merakam video wanita tanpa kerelaannya dan berkongsi video tersebut menerusi ruangan sembanga KakaoTalk dan telah bertindak tanpa rasa bersalah atau menyesal.
Sebagai seorang ‘public figure’ , sememangnya tindakan saya itu adalah tidak bermoral dan saya layak untuk mendapat balasan atas perbuatan saya.

Apa yang penting, saya ingin meminta maaf kepada wanita yang dirakam dalam video tersebut yang terpaksa berhadapan dengan situasi dasyat ini. Saya berlutut memohon maaf kepada sesiapa yang berasa marah dan kecewa. Saya akan menarik diri dari semua rancangan yang saya bintangi dan menghentikan segala aktiviti berkaitan bidang hiburan.

Saya memohon maaf kepada semua wanita yang telah menderita akibat perbuatan saya. Kepada mereka yang telah menjadikan saya seorang selebriti, pastinya anda berasa sangat kecewa dan marah, saya juga mohon kemaafaan. Saya akan berikan kerjasama yang baik sepanjang proses siasatan yang akan bermula pada 14 Mac dan menerima segala hukuman dengan tenang. Sekali lagi dengan hati yang kecil, saya memohon kemaafaan. Saya mohon maaf.

12 Mac 2019,
Jung Joon Young”

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
1
+1
1
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Jung Joon Young
https://lomp.at/qa8d4
Share3Tweet2SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Terpaling Nak Kahwin”-Irma Hasmie Cetus Spekulasi Bersanding Semula Lepas Setahun Bergelar Ibu Tunggal

  2. 2

    [VIDEO] Telatah Anak Siti Nurhaliza, Ramai Teruja Tengok Afiyah ‘Speaking English’

  3. 3

    Akui Sebar Video Lucah! Jung Joon Young Undur Diri Dari Industri Hiburan

  4. 4

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  5. 5

    [VIDEO] “Ada Hikmah Abah Sakit, Akhirnya Anak-Anak Bantu Berniaga” – Aliff Syukri Bersyukur Anak Banyak Membantu

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem