Susulan daripada artikel kami yang lalu mengenai skandal video seks yang melibatkan beberapa selebriti lelaki Korea, terbaharu salah seorang yang terlibat Jung Joon-young kini ditahan polis.

Ditahan Polis 

Penyanyi dan komposer yang berusia 30 tahun itu ditahan polis beberapa jam selepas meminta maaf kerana merakam dan mengedarkan video lucah. Sejurus daripada itu, Mahkamah Daerah Pusat Seoul telah mengeluarkan waran tangkap untuk menahan Joon-Young.

IKLAN

Didapati Bersalah Sebarkan Video 

Joon Young didapati bersalah kerana telah menyebarkan video yang membabitkan seramai 10 wanita menerusi aplikasi sembang pada tahun 2015. Dalam pada itu sebelum ini Joon Young telah mengumumkan pengundurannya dari industri hiburan dan mengakui kesalahan yang dibuatnya terlalu besar dan sukar dimaafkan. Selain Joon Young, dua rakannya Seungri dan Choi Jong Hoon dari kumpulan FT Island turut mengumumkan pengunduran mereka.

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry

Komen Anda