5 Filem Ini Dianggap Menghina Agama Islam, Salah Satunya Dari Indonesia

110
KONGSIAN

Seperti mana yang kita tahu, sesebuah filem dihasilkan bertujuan untuk menghiburkan penonton yang menyaksikannya. Namun malangnya, ada juga beberapa buah filem yang dihasilkan telah menyinggung golongan tertentu. Dari sepatutnya menjadi sebuah tontonan hiburan, filem tersebut ini menjadi provokator.

Nah berkaitan dengan hal itu, kali ini penulis ingin berkongsi 5 buah filem yang dianggap telah menghina agama Islam. Mahu tahu filem apa? Lihat senarai di bawah ini.

Submission

Filem Submission merupakan filem yang sangat pendek, yakni berdurasi tak lebih dari 12 minit. Namun filem ini mendapat bantahan dari umat Islam. Ini kerana wanita yang memegang watak sebagai Muslimah dipelakukan denga ganas, diperkosa, hingga di cacah tatu pada bahagian tubuhnya untuk menunjukkan wanita tersebut dikuasai oleh golongan lelaki.

The Life of Muhammad

Dikeluarkan pada tahun 2008, filem The Life of Muhammad merupakan filem kartun yang di garap oleh ahli politik Belanda. Filem ini mendapat bantahan yang sangat keras dari umat Islam kerana filem ini menggambarkan wajah Nabi Muhammad, yang mana dalam Islam hal itu tidak boleh dilakukan.

Fitna

Sama dengan The Life of Muhammad, filem Fitna juga di buat oleh orang belanda. Filem selama 16.48 minit ini ditayangkan di Internet pada 27 Mac 2008 ini menggambarkan jika Al-Quran sebagai motivasi untuk mengajak membenci sesiapa saja yang telah menyerang Islam.

Beberapa negara termasuk Malaysia mengharamkan pengedaran dan penayangan Fitna kerana ia amat menyentuh sensitiviti di mana ia benar- benar menyinggung perasaan umat Islam.

Dipetik dari Reuters, filem tersebut juga mendapat kutukan dari negara-negara lain di dunia termasuk Australia dan Kesatuan Eropah. Dalam pada masa menolak paparan Fitna mengenai Islam, Kesatuan Eropah bagaimanapun mempertahankan hak untuk bersuara dan meminta masyarakat Islam bertindak rasional.

Naura & Genk Juara

Filem Naura & Genk Juara menjadi filem pertama Indonesia yang dikritik teruk oleh netizen kerana dianggap telah merendah-rendahkan Islam, seperti yang dilaporkan oleh BBC. Filem ini menceritakan seorang tokoh yang taat dalam agama, namun justru ia kerap melakukan tindakan kejahatan, salah satunya adalah mencuri.

Innocence of Muslim

https://www.youtube.com/watch?v=YJBWCLeOEaM&bpctr=1553500692

Dipetik dari BBC, filem Innocence of Muslim merupakan filem yang benar-benar membuat umat Islam marah pada tahun 2012 lalu. Sebab pada filem ini menggambarkan jika umat Islam itu seolah-olah sarat dengan kekerasan. Oleh hal demikian, ia telah menjadi bantahan ribuan oran membuat demonstrasi di Libya dan Mesir.

Filem ini yang bukan sahaja kurang sensitif tetapi jelas bertujuan untuk mengapi-apikan sentimen keagamaan dan harus ditarik balik daripada mana-mana laman web termasuk Youtube dengan serta merta.

+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

ARTIKEL BERKAITAN