Friday, July 11, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Korea

GFriend Bakal Adakan Konsert Di Kuala Lumpur, Ini Harga Tiketnya!

by Zaidin Albert
March 27, 2019
Share on Facebook

GFRIEND bakal datang ke Malaysia buat pertama kalinya dan MacpiePro dengan bangganya mengumumkan mereka sebagai penganjur rasmi 2019 GFRIEND ASIA TOUR [GO GO GFRIEND!] in KUALA LUMPUR. GFRIEND adalah salah satu kumpulan wanita paling popular di Korea Selatan yang bernaung di bawah Source Music dan populariti mereka semakin meningkat dalam kalangan peminat K-Pop!

GFRIEND terdiri daripada enam ahli kumpulan yang berasal dari Korea Selatan iaitu Sowon, Yerin, Eunha, SinB, Yuju dan Umji. Kumpulan itu ditubuhkan pada tahun 2015 oleh syarikat hiburan Source Music dan mereka telah mengeluarkan dua buah album studio, satu album kompilasi, tujuh EP dan satu album yang dilancarkan semula di Korea. Kesemua album GFRIEND diterima baik oleh peminat mereka yang digelar sebagai ‘BUDDY’ dan pernah memenangi anugerah ‘Artis Wanita Baharu Terbaik’ 2015 di Anugerah Muzik Melon.

Mereka turut meraih beberapa lagi anugerah antaranya Anugerah K-Pop Carta Gaon, Anugerah Cakera Emas dan Anugerah Muzik Seoul. Sekaligus dinobatkan sebagai ‘Artis Wanita Terbaik’ 2018 di Anugerah Muzik Melon.GFRIEND juga pernah memenangi 29 kali rancangan muzik Korea Selatan pada tahun 2016, sekaligus menjadi satu-satunya kumpulan wanita yang meraih kemenangan paling banyak dalam masa setahun dan mengejutkan peminat muzik K-Pop di seluruh dunia.

Senarai Harga Tiket

Tiket konsert dijual pada harga RM168 (Zon Hijau), RM238 (Zon Kuning), RM338 (Zon Merah), RM398 (Zon BUDDY) dan RM548 (Zon BUDDY Pakej VIP). Menariknya, zon BUDDY Pakej VIP menyediakan akses ‘Hi-touch’ dan ‘soundcheck’ kepada Fans. Fans yang membeli tiket bagi mana-mana zon dari portal tiket rasmi kami dalam minggu pertama berpeluang mendapatkan poster yang ditandatangani oleh GFRIEND melalui cabutan bertuah. Anda boleh dapat tiket di Laman web rasmi MacpiePro www.macpiepro.com & MMspot bermula 8April 2019 pada jam 12pm.

Tiket juga boleh didapati Kedai gaya hidup digital Mcalls terletak di NU Sentral, Sunway Pyramid, Mid Valley Megamall, Dataran Pahlawan Melaka Megamall, Paradigm Mall Johor Bahru dan Pusat Servis Mcalls MMall Pulau Pinang bermula dari 6-7 April 2019 pada jam 12pm.

Diskaun sehingga 30%

Mcalls adalah Penaja Titanium bagi 2019 GFRIEND ASIA TOUR [GO GO GFRIEND!] in
KUALA LUMPUR Mcalls Fans berpeluang menikmati diskaun sehingga 30% daripada harga tiket 2019 GFRIEND ASIA TOUR [GO GO GFRIEND!] in KUALA LUMPUR apabila mereka melanggan Mcalls HITS 360. Mcalls HITS 360 memberi kelebihan kepada Fans untuk membeli tiket konsert pertama dan kedua dengan diskaun 30% bagi Zon BUDDY RM398 atau Zon Merah RM338.

Bagi pembelian tiket ketiga dan keempat, Fans boleh mendapatkan diskaun sebanyak 10%. Mcalls Fans sedia ada pula boleh menaik taraf kepada HITS Plan dan menikmati tawaran hebat HITS.

2019 GFRIEND ASIA TOUR [GO GO GFRIEND!] in KUALA LUMPUR
https://lomp.at/12z03
Share2Tweet2SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  2. 2

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  3. 3

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  4. 4

    [VIDEO] Berlaku Kasar Terhadap Staf Konsert, Sikap BLACKPINK Jennie Dicemuh Ramai

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem