Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

[VIDEO] Lan Pet Pet Teruk Dikecam Selepas Tular Video Tendang Warga Emas

by Khai Azfar
April 8, 2019
Share on Facebook

Sejak semalam, tular di media sosial mengenai seorang lelaki yang dikecam gara-gara memukul seorang lelaki warga emas yang berusia 68 tahun. Warga emas tersebut yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di taman perumahan Acacia Park Desa Jati dikatakan telah ditumbuk dan ditendang lelaki tersebut selepas menegurnya tidak membuat catatan dalam buku pelawat sebelum memasuki kawasan perumahan itu.

Tumbuk Dan Tendang Warga Emas 

Lebih mengejutkan, lelaki itu dikatakan menyerupai wajah pelawak terkenal, Lan Pet Pet selepas didedahkan netizen di media sosial.

Dalam kejadian, satu laporan polis telah dibuat dan difahamkan kes tersebut kini berada dalam siasatan polis selepas pelawak tersebut dipercayai menumbuk muka pengawal keselamatan itu sebanyak tiga kali sebelum menendang mangsa dan membaling batu kearahnya.

https://murai.my/wp-content/uploads/2019/04/y2mate.com-pelawak_pukul_pengawal_keselamatan_dOLpSUQW5lk_360p.mp4

Menerusi laporan itu juga, Lan atau nama sebenarnya Mazlan bin Ahmad belum ditahan namun siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan atas kesalahan menyebabkan kecederaan dengan sengaja dan Seksyen 427 kanun yang sama atas kesalahan khianat merosakkan harta benda awam.

Teruk Dikecam 

Dalam perkembangan lain, menerusi laman Instagram miliknya, rata-rata netizen telah menyelar tindakan pelawak itu dengan membanjiri ruangan komen dengan pendapat mereka tersendiri. Segelintir daripada mereka turut menghentam Lan dengan beranggapan perilakunya itu saling tidak ubah seperti seorang samseng selain menganggap dia seolah-olah mencari publisiti murahan.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
lan pet petLan Pet Pet Pukul Warga Emas
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Lepas Syed Saddiq Dibebaskan, Posting Space Dollah Buat Netizen Tersenyum

  2. 2

    Kejadian Wanita Hamil di Lotus’s Selayang Buatkan Ramai Geram, Netizen Ingatkan Kuasa Boikot

  3. 3

    Naik Flight Biasa, Beratur Di Hospital, Ini Kisah Ameer Mydin Yang Buat Ramai Respek

  4. 4

    Peminat Filem Dedah ‘Dark Side’ Mark Wahlberg Di Penang,-“Jangan Terlalu Excited Dulu”

  5. 5

    Rumah Landed Pun Ada ‘Rules’? Ini Pengajaran Daripada Kes Jenazah Dihalang Masuk Arahsia Residences

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara