Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Indonesia

Rakan Artis Kecewa Dengan Nicholas Saputra Kerana Foto Selfie Ini. Ada Apa?

by Zaidin Albert
April 17, 2019
Share on Facebook

Sudah menjadi perkara biasa tatkala melihat di kalangan selebriti tanahair memuatnaik gambar di Instagram mereka dengan selfie atau swafoto mahupun foto bersama para keluarga, sahabat hingga rakan sekerja.

View this post on Instagram

A post shared by Nicholas Saputra (@nicholassaputra)

Namun hal tersebut tak berlaku bagi pelakon idaman wanita, Nicholas Saputra. Pemegang watak Rangga dalam filem “Ada Apa Dengan Cinta?” itu memilih memenuhi gambar di Instagram miliknya dengan sejumlah gambar alam semula jadi serta bangunan.

Walaubagaimanapun ada sesuatu yang istimewa menerusi sebuah foto yang dimuatnaik oleh Nicholas pada hari ini. Dia buat pertama kalinya telah mengambil gambar selfie sebagai salah satu bentuk tanda sokongan terhadap pilihan rayaumum Indonesia 2019 (Pemilu 2019).

Seperti yang semua dapat lihat, Nicholas mengenakan tshirt putih sambil menunjukkan jari kelingkingnya yang berwarna ungu sebagai tanda telah menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.

Nicholas pun mengucapkan terima kasih kepada seluruh pengikutnya yang bersama menggunakan hak suara dalam Pemilu 2019.

Dihapuskan Dalam Masa 24 Jam

Malangnyanya, Nicholas memberitahu bahawa selfie yang dimuatnaiknya itu akan dihapus dalam masa  24 jam.

“Baiklah.. Terima kasih kapada teman-teman yang sudah ikut berpartisipasi dalam pemilu 2019,” tulis Nicholas. “Tetap damai dan selamat merayakan demokrasi! PS : postingan ini akan dihapus dalam waktu 24 jam.”

Kenyataan Nicholas tersebut terus mendapat tanggapan positif dari para rakan artis. Beberapa rakan artis seperti penyanyi dan komposer terkenal, Melly Goeslaw, pelakon Dian Sastrodoyo dan Putri Selaras Oesman meluahkan rasa kecewa terhadap tindakannya itu.

Pemilu 2019 itu buat pertama kalinya diadakan serentak adalah bagi memilih presiden Indonesia untuk tempoh 2019-2024, dan pemilihan 711 anggota Majelis Permusyarawatan Rakyat (MPR), 575 anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPR), 136 Dewan Perwakilan Daerah (DPD) serta anggota dewan legislatif seramai 19,500 orang melibatkan lebih 2,000 daerah dan perbandaran.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
nicholas saputra
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  2. 2

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Lama Tersimpan Dalam Laci, Tapi Bila Dibuka… Keadaan Telefon Ini Buat Ramai Terkejut!

  5. 5

    Gambar Pernikahan Anak Perempuan Ku Nan, Nadira Dengan Anak Menteri Indonesia

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara