Gambar Berpelukan Pula Tersebar! ‘Nismell’ Terasa Ingin Bunuh Diri

41
KONGSIAN

Kontroversi panas membabitkan penyanyi Aliff Aziz dan seorang gadis yang dikenali sebagai Nismell terus hangat diperkatakan. Selepas tercetusnya kontroversi itu gara-gara sekeping gambar mereka bersama dalam keadaan yang mencurigakan kini timbul pula satu isu baharu.

Gambar Berpelukan Pula Tersebar 

Semuanya terjadi selepas terdapat sekeping lagi gambar yang dimuat naik seorang individu di IG Story nya dimana terlihat Nismell sedang baring dan berpelukan bersama seorang lelaki yang kononnya dikatakan Aliff. Biarpun tidak jelas kelihatan mukanya, pengguna tersebut telah meletakkan nama Aliff dan Nismell pada gambar tersebut. Sebelum ini, gadis tersebut menafikan sekeras-kerasnya bahawa mereka menjalinkan sebarang hubungan dan mendakwa gambar tersebut diambil pada sebuah majlis parti tertutup kenalan rapat mereka.

Akui Tertekan 

Tampil memberikan penjelasan mengenai gambar itu pula, Nismell menerusi IG Story nya sekali lagi menafikan dakwaan tersebut dan mendedahkan bahawa lelaki tersebut sebenarnya adalah bekas kekasihnya dan bukanlah Aliff seperti didakwa pengguna tersebut.

Akui tertekan dengan kontroversi yang melanda, Nismell turut merasakan seperti ingin bunuh diri selepas dituduh dengan pelbagai tuduhan. Malah dia turut enggan memaafkan mereka yang terlibat dalam isu ini.

Terdahulu, isteri Aliff iaitu Bella Astillah telah memutuskan ingin meneruskan kehidupannya bersama anak tunggal mereka tanpa Aliff disisi.

+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

ARTIKEL BERKAITAN