Tuesday, June 17, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti

Pulang Semula Ke Pangkuan Atikah Suhaime? Ini Jawapan Awi Rafael

by Zaidin Albert
May 19, 2019
Share on Facebook

Seperti mana yang sudah diketahui sebelum ini, pertunangan penyanyi Awi Rafael dan pelakon Atikah Suhaimie tidak berkekalan dan berakhir dengan perpisahan. Sehingga hari ini kes putus tunang mereka menjadi buah mulut netizen sehingga Awi terpaksa tampil membuat penjelasan secara terbuka di Instagramnya.

https://www.instagram.com/p/BxC35T3hwT5/

Namun adakah cinta mereka berdua akan bertaut semula ataupun terus menjadi kawan biasa? Ini jawapannya!

Dipetik dari Utusan Online, dia dan Atikah akan terus menjadi kawan dan percaya Atikah kini juga gembira dengan kehidupannya sekarang.

“Selepas peristiwa itu, saya jarang hubungi Atikah dan tidak berapa pasti dengan perkembangannya sekarang. Apa yang saya tahu dia juga bahagia menjalani kehidupannya. Bila sudah putus, saya rasa biarlah hubungan kekal begini dan kami akan saling melindungi sebagai seorang kawan sahaja,” jelas Awi kepada Utusan Online.

Itulah yang dinamakan tiada jodoh! Terdahulu, pasangan ini telah mengikat tali pertunangan pada 17 Mac tahun lalu namun memutuskan untuk tidak dapat meneruskan acara pernikahan pada 2 bulan lalu.

Dalam perkembangan lain, Awi bakal muncul dalam single khas Hari Raya Aidilfitiri “Seloka Hari Raya” yang menampilkan barisan artis di bawah naungan label Warner Music Malaysia.

Antara penyanyi lain yang terlibat adalah, Andi Bernadee, Yasin Sulaiman, Kucaimars , Amir Hasan, Ajak Shiro, Alyah, Ezlynn, Bunga, Layla Sania, Kaka Azraff dan Pasya.

Single ” Seloka Hari Raya” boleh didapati ke semua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKbox, Deezer, Joox, dan juga Apple Music bermula 17 Mei 2019. Manakala video muzik “Seloka Hari Raya” boleh ditonton di saluran Youtube Warner Music Malaysia bermula 20 Mei 2019.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

https://lomp.at/lbrcn
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Netizen Puji Keluarga Datuk Aliff Syukri-“Walaupun Kaya Tetap Merendah Diri”

  2. 2

    [VIDEO] Momen Penuh Emosi: Tunku Azizah Peluk Menantu Jadi Sorotan Warganet

  3. 3

    [VIDEO] Datin Alyah Perjelas Isu Anak Angkat-“Dia Mahram Dengan Tok Ram”

  4. 4

    [VIDEO] ‘Me Time’ Di Salun Rambut, Wajah Jelita Tunku Aminah Disamakan Dengan Pelakon Jepun

  5. 5

    [VIDEO] Gelagat Budak Kecil Berdoa Di Kubur Undang Ketawa Ramai- “Adik Lambat Sikit Je Doa”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem