Biarpun umat Islam belum lagi merayakan Aidilfitri untuk tahun 2019, namun suasana hari raya sudah makin terasa di seluruh negara. Sudah semestinya ramai yang di kalangan wanita sedang sibuk memikirkan rekaan baju raya tahun ini . Dan seperti biasa di setiap lebaran, gaya dan busana para selebriti sering menjadi tumpuan para peminat.

Kami di murai.my juga sempat mengintai beberapa fesyen yang digayakan oleh para artis wanita tersohor negara dan di sini kami kongsikan 10 baju kurung yang menjadi pilihan artis yang menarik perhatian kami.

1Dato Seri Siti Nurhaliza

Tak pernah tak cantik! Berminat untuk fesyen baju kurung yang dipakai oleh Tokti ni? Seperti yang disebut dalam Instagram Tokti, baju kurung Zara ini dari butik miliknya  Creacion By Siti Nurhaliza manakala tudung dari Galeri Ariani.

2Rozita Che Wan

Rozita Che Wan dengan baju kurung moden motf klasik warna biru terang. Baju kurung ini boleh didapati di Instagram PRELOVED BY ROZITA CHE WAN.

IKLAN

3Erra Fazira

Erra Fazira tetap cantik dengan pemilihan warna-warna lembut yang menyejukkan mata. Busana cantik ini boleh di dapati di Lumiere Concept WeddingPlanner.

4Nur Sajat

Biarpun sering tampil seksi di acara-acara lain, Nur Sajat kelihatan sangat manis bertudung dengan busana warna merah. Agak-agak mana nak dapat baju ni?

5Janna Nick

Turut mencuri tumpuan adalah penampilan pelakon berbakat, Janna Nick. Beliau nampak cantik memilih warna merah sebagai tema. Janna menggayakan busana daripada Prima Valet. Tak mahal pun tau?

6Nur Fazura

Walaupun gaya rambutnya seperti tidak terurus, namun gaya isteri kepada Fattah Amin ini tetap memukau. Fazura mengenakan baju kurung moden berwarna biru gelap dengan nama Fazbulous Modern Kurung yang boleh didapati di IG fazbulouscom.

IKLAN

7Kila Fairy

Klasik! Kila Fairy memilih gaya yang lebih ceria dengan busana berwarna merah jambu. Mungkin gaya begini boleh menjadi ilham kepada anda untuk raya tahun ini.

8Amyra Rosli

Biarpun bergelar ibu, Amyra Rosli kelihatan sangat manis dan muda dalam busana ini. Apalagi, anda boleh dapatkan baju kurung ini sekarang juga di outlet Prima Valet.

9Scha Alyahya

Scha Al-Yahya sentiasa kelihatan menawan walau apapun dikenakan pada badannya. Untuk penampilan ini, Scha tampil anggun dalam baju kurung moden berwarna biru sengan motif bunga-bungaan kecil. Busana ini merupakan salah satu koleksi
Scha Al Yahya X Jakel bagi tahun 2019.

10Nora Danish

Busana warna merah yang digayakan Nora Danish ini  ternyata kelihatan terlalu eksklusif. Busana ini merupakan koleksi terbaru dari  Owl by ND untuk tahun 2019. Yang pastinya, busana ini mampu untuk menjadikan anda kelihatan ayu dan manis di pagi raya nanti.

Jadi yang mana satu fesyen baju raya anda tahun ini?

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry