Seperti yang sedia maklum, pelakon Liyana Jasmay sudah mula berhijab sejak Julai 2017. Namun begitu, penampilan terbaharunya itu sering kali dikritik warga net gara-gara gaya pemakaian tudungnya. Biarpun begitu, Liyana tenang menerima kecaman tersebut.

Sudah Tidak Berhijab

Terbaharu, menerusi posting terbaharu nya di laman Instagram, terdapat beberapa keping gambar Liyana yang kelihatan tidak berhijab telah dimuat naik dipercayai bagi mempromosikan koleksi-koleksi baju raya miliknya. Lantaran itu, Liyana sekali lagi menjadi perhatian sehingga dikecam kononnya sudah tidak lagi berhijab.

Gambar Lama 

Meskipun terdapat kecaman, segelintir pengikut selebriti ini tampil mempertahankan Liyana. Menurut mereka, gambar-gambar yang tidak berhijab tersebut merupakan gambar lama Liyana suatu ketika dahulu.

Biarpun begitu, masih terdapat komen-komen berunsurkan kecaman terus ditinggalkan warganet yang mempersoalkan gambar tersebut dimuatnaik meskipun dia sudah berhijab. Barangkali Liyana punyai alasannya tersendiri bukan?

IKLAN
Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry