Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz Inspirasi

Wow! Tunku Azizah Bakal Memakai Persalinan Tenunan Dari Banduan

by Khai Azfar
June 11, 2019
Share on Facebook

Keperibadian Duli Yang Teramat Mulia Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj sememangnya begitu disenangi dan disayangi rakyat jelata sejak dahulu lagi.

Bakal Memakai Persalinan Hasil Tenunan Banduan

Bakat yang dimiliki oleh baginda turut dipuji ramai kerana begitu berkebolehan! Namakan sahaja memasak, menjahit dan sebagainya ada sahaja yang cuba dilakukan oleh Tunku Azizah biarpun berstatus ‘anak raja’. Seperti yang diketahui, Tunku Azizah merupakan Penaung Yayasan Tenun Diraja Pahang dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Tenun Pahang Diraja Negeri Pahang.

Menghargai hasil tenunan tersebut, Tunku Azizah menerusi laman Twitter nya telah menyatakan bahawa baginda akan memakai persalinan diraja hasil tenunan oleh banduan-banduan dari Penjara Penor dan Penjara Bentong bersempena hari pertabalan Agong tidak lama lagi.

Mahu Hasil Upah Tenunan Diagihkan Pada Banduan 

Menerusi laporan BERNAMA pula, Baginda telah menitahkan bahawa hasil upah tenunan kain itu akan diagihkan kepada penghuni penjara berkenaan.

Sebagai info, Tenun Pahang Diraja adalah warisan seni tradisi sejak 300 tahun dahulu manakala istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16 akan diadakan pada 30 Julai ini.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
tunku azizah
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

No Content Available
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Bau Minyak Melekat Pada Rambut!”- Pengunjung Suria KLCC Luah Rasa Tak Senang

  2. 2

    [VIDEO] Didakwa Warga Bangladesh Pandu, Lori Sampah Alam Flora Hempap 3 Kereta

  3. 3

    Mercedes-Benz Liftgate Terbuka Sendiri, Pemilik Kereta Persoal Isu Sensor

  4. 4

    Kisah Cinta Lama Izzana Salleh & Adam Radlan Jadi Perhatian- “Mereka Sangat Low Profile”

  5. 5

    Bukan Tipu! 7 Filem Hollywood Ini Lakukan Adegan Seks Yang Nyata

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara