Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Buat Hal Lagi? Aliff Aziz Dituduh Curi Duit Pelakon Indonesia

by Khai Azfar
June 18, 2019
Share on Facebook

Baru-baru ini, media tempatan melaporkan bahawa selebriti terkenal Malaysia kelahiran Singapura sekali lagi menimbulkan kontroversi apabila terbabit dengan satu jenayah melibatkan seorang pelakon popular Indonesia, Raja Yunika Putri.

Aliff Aziz Dituduh Curi Duit 

Namun, media di Indonesia telah mendakwa selebriti yang dimaksudkan adalah Aliff Aziz dimana penyanyi itu dikatakan telah mencuri wang milik Yunika ketika bertemu dengannya di Clarke Quay, Singapura pada 7 Jun lalu. Menurut Yunika, menerusi laporan berita haluankepri.com dia telah mengesyaki Aliff mengambil wangnya selepas kembali ke tempat duduk semasa membuat bayaran di kaunter.

Dapat Perhatian Pihak Polis Singapura

Yunika yang bertegas ingin melaporkan kejadian berkenaan pada pihak polis turut dicabar oleh Aliff supaya terus membuat laporan tersebut. Kes berkenaan kini telah dilaporkan kepada polis Singapuradam turut mendapat perhatian Atase Nasional Polis Singapura, Joko Setiono.

“Ketika berada di Clarke Quay, saya menyedari wang (dolar Singapura dan Rupiah) saya hilang selepas kembali ke tempat duduk semasa membuat bayaran di kaunter. Ketika membuat bayaran saya tinggalkan beg mengandungi wang dan barang berharga di tempat duduk.

Sudah pasti saya mengesyaki dia yang mengambilnya kerana tinggalkan beg di tempat duduk bersamanya.Saya ada memberitahunya mahu melaporkan kejadian kepada polis, namun dia mencabar saya supaya terus melaporkannya,”

Dalam pada itu, Yunika turut berterima kasih atas bantuan rakannya yang juga Menteri Belia dan Sukan, Yang Berhormat Syed Saddiq kerana membantunya sehingga kes berkenaan mendapat perhatian polis negara berkenaan.

Rayu Tarik Balik Laporan

Terbaru menerusi Harian Metro, Yunika mendedahkan selebriti itu merayu supaya dia menarik balik laporan polis yang dibuat terhadapnya.

“Pada awalnya, dia tidak percaya dan mencabar saya membuat laporan polis. Namun, apabila laporan dibuat dan pihak polis memanggilnya untuk siasatan, barulah dia mengaku perbuatannya”

Jelas Yunika,  biarpun begitu dia tetap akan teruskan dengan laporan tersebut atas nasihat beberapa pihak.

Aliff Aziz Curi DuitRaja Yunika Putri
https://lomp.at/srdca
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

Aeril Zafrel Tampil Beri Teguran Kepada Tareq Fit!-“Haritu Kau Cakap Aku Dayus..”

by Naddy Joe
April 14, 2026

Pelakon dan usahawan, Aeril Zafrel tampil memberikan teguran terhadap jurulatih kecergasan sensasi, Tareq Fit yang meluahkan rasa kesal terhadap penyampai...

Read moreDetails
Gossip

Isu Dayana Roza Persoal Kenapa Ramai Lelaki Melayu Curang, Reen Rahim Tampil Beri Respon!

by Naddy Joe
April 15, 2026

Pelakon, Dayana Roza membuat perkongsian bersama peminat selepas tular isu curang dalam perkahwinan orang ramai di media sosial, baru -baru...

Read moreDetails
Berita

Abby Abadi Beri Respon Kenyataan Umisya-“Jangan Berlebihan Mereka-Reka Cerita…”

by Naddy Joe
April 1, 2026

Pelakon, Abby Abadi tampil memberi penjelas selepas kenyataannya mengenai rumah tangga anak perempuannya, Marissa Dania dan Aslam menimbulkan salah faham...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Salah Susun Atau Salah Orang? Pelanggan Lari, Peniaga Tanggung Rugi

  2. 2

    Bekas Pengawal Peribadi Shah Rukh Khan Dedah Jumlah Gaji Diterima

  3. 3

    Pulai Trail KL: Hutan Tersembunyi Di Tengah Bandar Yang Ramai Tak Sedar

  4. 4

    Nak Cuba Je, Tapi Jadi Cemas!  Warga Emas Tersangkut Dalam Kasut Getah Cetus Gelak Tawa

  5. 5

    Peminat Panik Selepas Shah Rukh Khan Mahu ‘Berehat’ Dari Dunia Lakonan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara