Thursday, June 19, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Hollywood

Rentetan 15 Kes Kematian Ngeri Bintang Porno Dunia, Ada Sampai Telan 1 Beg Ganja

by Zaidin Albert
June 19, 2019
768
KONGSIAN
Share on Facebook

Bukanlah sesuatu yang baik sekiranya berkongsi mengenai filem porno. Sudah semestinya  ianya dilarang sekeras-kerasnya untuk ditonton lagi-lagi dikalangan remaja bawah umur. Walaubagaimanapun, kita patut menerima hakikat bahawa Malaysia pernah mencatat rekod tertinggi buka pornografi di Internet.

Memetik Mstar, statistik oleh Pornhub mendedahkan bahawa pengguna internet di Kuala Terengganu menghabiskan purata 12 minit dan 58 saat untuk setiap lawatan sama ada untuk mencari atau melihat visual.

Rata-rata penggemar pornografi ini begitu taksub dengan bintang-bintang porno sehingga mereka ketagihan untuk mendapatkan video baru. Namun realitinya, tak ramai yang tahu kehidupan sebenar bintang-bintang porno ini.

Kehidupan bintang-bintang filem porno ini kadang-kadang menyimpan kisah suka dan duka bagi para pelakonnya. Ada banyak kisah dibelakang layar pembikinan filem dewasa ini. Para pelakonnya juga tidak terlepas dari menhadapai tekanan ataupun depresi.

Dari banyak masalah yang dihadapi oleh para pelakon filem porno tersebut, ada di antara mereka yang berakhir dengan kematian dalam berbagai cara. Meskipun tidak semua penyebab kematian tersebut berkait rapat langsung dengan profesi mereka, namun ini adalah antara 17 kisah kematian tragis bintang filem porno di dunia.

Marilyn Chambers Bunuh Diri Kerana Hutang

Ada banyak spekulasi mengiringi kematian wanita kelahiran tahun 1952 tersebut. Diantaranya desas-desus menyebut  Marilyn bunuh diri akibat tekanan kerana dibebani hutang.

Namun penyiasatan lebih lanjut mendedahkan Marilyn maut akibat sakit jantung yang disebabkan oleh penyalahgunaan ubat-ubatan terlarang. Marilyn ditemukan mati pada tahun 2009 oleh anak perempuannya.

Sumber: Radar Online

Dustin Michaels Menelan 1 Bag Ganja

Dustin adalah pelakon filem porno sesama jenis yang juga meninggal dunia secara tragis. Pada tahun 2009, Dustin meninggal dunia kerana menelan 1 beg ganja ketika dalam serbuan pihak berkuasa. Dustin saat itu dikhabarkan melakukan serangan terhadap salah seorang temannya sebelum dikejar oleh pihak polis.

Sumber: DailyNews

Camila de Castro Mati Kerana Makan Ubat Terlarang

Wanita ini adalah seorang transgender. Dilahirkan dengan nama Lessandro Caetano Kothenborger. Camila diketahui bunuh diri pada tahun 2005 dengan melompat dari tingkat 8 melalui tingkap pangsapurinya . Polis mendakwa  wanita ini bunuh diri akibat terlebih pengambilan ubat-ubat terlarang dan dadah.

Sumber: The Richest

Felicia Tang Dibunuh Oleh Pasangan Sendiri

Felicia diperlakukan dengan teruk sekali oleh pasangan ‘mainnya’ di tahun 2009. Brian Lee Randone, si pasangannya, menyeksa dan membunuhnya hingga Felicia akhirnya maut.

Sumber: RadarOnline

Stephen Clancy Hill – ‘The Driver’ Mati Terjun Dari Bukit

Lelaki ini dikatakan kecewa selepas dipecat oleh produksi di mana tempatnya bernaung. Stephen mengamuk dengan membawa parang sehingga menyebabkan kematian seorang pekerja dan dua orang lainnya cedera. Semasa polis tiba di tempat kejadian, Stephen akhirnya melarikan diri ke sebuah bukit. Pada awalnya Stephen gagal bunuh diri dengan menggunakan pedang, namun selepas itu dia mati kerana melompat ke jurang.

Sumber: TheDailyBeats

Lolo Ferrari Mati Kerana Sesak Nafas

Memiliki ukuran payudara yang besar tidak selamanya membuat seorang wanita bahagia. Lolo Ferrari adalah salah satu wanita yang mengalami tekanan akibat ukuran payudaranya yang super besar.

Sesak nafas, sakit paru-paru, keletihan, depresi dan ketakutan menjadi sebahagian penyakit yang dideritakan oleh aktres ini akibat ukuran payudaranya tersebut.

Pada tahun 2000 Lolo ditemukan tidak bernyawa akibat overdos obat penenang. Penyiasatan lebih lanjut membuktikan kematian Lolo adalah akibat perbuatan suaminya sendiri.

Sumber: The Guardian

Zoey Zane Mati Diperkosa

Nasib malang menimpa wanita bernama Zoey Zane. Pada tahun 2007, Zoey mengalami tindakan penyeksaan oleh seorang pelayan yang memintanya untuk datang ke sebuah hotel. Di hotel tersebutlah Zoey kemudian diperkosa dan diseksa hingga menghembuskan nafas terakhir.

Sumber: CBCnews

Shannon Wilsey – ‘Savannah’ Maut Ditembak Di Kepala

Tidak jelas apa yang menimpa Shannon Wilsey hingga dia maut. Pada tahun 1994, wanita ini mengalami kemalangan kereta ketika pulang dari sebuah pesta. Tidak ada yang aneh pada dirinya, Shannon sempat pulang dan mengajak anjing peliharaan berjalan-jalan. Beberapa jam kemudian seorang rakan melihatnya maut dengan tembakan di kepala.

Sumber: Latimes

Naughtia Childs Mati Bunuh Diri

Naughtia ditemui mati pada tahun 2002 dengan dakwaan bunuh diri dengan melompat dari tingkat 4 sebuah bangunan selepas menelan ubat terlarang berjenis LSD. Namun yang menjadi aneh adalah pihak polis menemukan lokasi tubuhnya terjatuh tidak sesuai dengan apa yang seharusnya.

Sumber: The Richest

Karen Lancaume

Karen sempat berhenti menjadi bintang porno dan bertaubat menjadi salah seorang bintang iklan, namun gagal. Pada tahun 2005, Karen ditemui mati gara-gara mengambil banyak ubat penenang dan alkohol di rumah kekasihnya di Paris. Karen juga sempat menuliskan pesanan terakhir sebelum kematiannya kepada kedua orang tuanya.

Sumber: Naukrinam.com

Jon Dough Bunuh Diri Di Bilik Mandi

Pada tahun 2006, Chet Cnuszak begitu popular dengan nama artisnya sebagai Jon Dough. Lelaki telah  melakukan bunuh diri di bilik mandi kediaman peribadinya. Kematiannya disaksikan oleh isteri dan anak perempuannya yang berusia 4 tahun. Jon diduga bunuh diri akibat bosan berhubungan seksual. Kematiannya menjadi inspirasi pembikinan filem ‘Boogie Nights’.

sumber: mydeathspace

Shauna Grant Dibunuh Oleh Kekasih Sendiri

Menjadi bintang porno kadang-kadang boleh buatkan seseorang kesepian, dan itulah yang dirasakan oleh Shauna Grant. Pada tahun 1983, wanita ini telah sempat memutuskan bertaubat. Kemudian dia telah menemui lelaki yang menjadi kekasihnya yang kemudian membunuhnya.

Taylor Summers Dibunuh Oleh Jurukamera

Taylor adalah salah seorang bintang filem panas yang pernah melakukan adegan seksual yang sarat dengan kekerasan. Pernah mengaku gugup ketika menjalani adegan tersebut dengan salah satu jurukamera.

Taylor akhirnya ditemui mati di sebuah sungai dengan keadaan yang menyedihkan. Tubuhnya dipenuhi lebam-lebam dan tangannya terikat. Difahamkan jurukamera  tersebut mengakui tindakan pembunuhan tersebut.

sumber: The Richest

Lea de Mae

Lea meninggal  dunia di usia 27 tahun kerana menderita sakit kanser. Sebelum mengambil keputusan melibatkan diri ke industri filem porno, Lea adalah bekas atlet renang  yang juga pernah mengikuti Sukan Olimpik Atlanta di tahun 1996. Namun akibat sebuah kemalangan dirinya memutuskan berhenti menjadi atlet dan menjadi bintang porno.

Megan Leigh

Apa yang terjadi pada Megan Leigh sungguh tragis. Megan mengakhiri hidupnya dengan menembak kepalanya sendiri sebelum mengirimkan kunci sebuah rumah mewah kepada ibunya. Rumah tersebut dibelinya pada tahun 1990.

Megan ingin membuktikan pada ibunya yang selalu mengkritiknya kerana profesinya tersebut. Dia sempat menulis pesanan luahan hati dan permintaan maaf kepada ibunya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Camila de CastroDustin MichaelsFelicia TangJon DoughKaren LancaumeLea de MaeLolo FerrariMarilyn ChambersShannon Wilsey - 'Savannah'Shauna GrantStephen Clancy Hill - 'The Driver'Taylor SummersZoey Zane
https://lomp.at/8gnia
Share316Tweet188SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Fattah Amin Duduk Di Sebelah katil Amira Othman Buatkan Netizen Tersenyum!

  2. 2

    “Seronok Sangat Tayang Bahagia”-Elfira Loy Akui Sering Bergaduh Dengan Suami

  3. 3

    [VIDEO] “Lagu Paling Sampah Dari Penyanyi Muda!” – Macam Galakkan Lagi Penonton, Netizen Kecam Teguran PU Syed

  4. 4

    “Tak Kisah Kalau Ejen Ali Potong Filem Keluarga Kami”-Syafiq Yusof Tak Mahu Lagi Dibelenggu Takhta Filem No. 1 Malaysia

  5. 5

    David Beckham Selepas Bersara- Kini Tinggal Di Kampung, Berkebun & Bela Ayam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem