Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Jawapan Solat Meragukan? Fynn Jamal Ditegur Pendakwah

by Khai Azfar
June 20, 2019
Share on Facebook

Biarpun tidak lagi aktif dalam industri seni, namun penyanyi Fynn Jamal begitu aktif berinteraksi bersama pengikutnya di laman Instagram. Malah Fynn atau nama sebenarnya Nur Affina Yanti Jamalludin sering kali berkongsi pandangan peribadinya mengenai isu semasa dan juga perihal berkaitan agama.

Perkongsian Fynn Cetuskan Kekeliruan

Terbaharu, salah satu perkongsiannya mencetuskan perdebatan dikalangan warga net selepas Fynn berkongsi pandangannya mengenai solat tasbih antara yang ditolak kerana tiada dalil yang sah. Gara-gara perkongsian itu, ianya telah tular di media sosial dan turut mendapat perhatian seorang pendakwah bebas, Ustaz Musytaq Al-Ash’ari.

Bidas Kenyataan Fynn

Membidas kenyataan Fynn dan menganggap ianya boleh mengelirukan ramai orang, menurut Ustaz Musytaq, kenyataan Fynn itu sama sekali dan dia tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan yang meragukan.

Malah pendakwah itu turut mempersoalkan masyarakat kini yang bertanyakan soalan seumpama itu kepada mereka yang tidak arif dalam bidang agama. Terdahulu, Fynn dikatakan pernah ditegur oleh beberapa ahli agama termasuk mufti kerana jawapan yang diberikannya mampu mengelirukan masyarakat.

Tenang Hadapi Kecaman 

Meskipun begitu, menurut Fynn di laman Instagram dia tenang menghadapi kecaman-kecaman tersebut dan memaafkan mereka yang cuba menjatuhkannya. Jelas Fynn lagi, dia mengambil keputusan untuk menghalang (block) sesetengah daripada netizen itu daripada terus mengecamnya. Mungkin ada benar apa yang dikongsi Fynn, menegur janganlah sampai menghina bukan?

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
fynn jamal
https://lomp.at/o272c
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  3. 3

    “Dah Banyak Kes Orang Sakit Mental”- Rakyat Mula Resah, Kuota BUDI95 Didakwa Punca Kesihatan Terjejas

  4. 4

    Ramai Tengah Serbu Seri Negara KL, Tempat Bersejarah Ini Kini Nampak Lebih Moden

  5. 5

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara