Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Mengejutkan! Bapa Rihana Oksana ‘Buka Mulut’ Jawab Isu Perceraian

by Khai Azfar
July 19, 2019
Share on Facebook

Masih lagi hangat diperkatakan! Sejak awal minggu lalu berita perceraian wanita Rusia, Rihana Oksana atau juga dikenali sebagai Rihana Petra dan Sultan Muhammad V menjadi topik utama susur masa media sosial.

Netizen Wujudkan Akaun Peminat 

Terbaru mengenai kontroversi ini, satu akaun khas peminat Rihana telah diwujudkan yang mana dalam ruangan komen itu terdapat beberapa komen yang bercakap mengenai bapanya yang dikenali sebagai Gorbatenko Oxana. Menerusi komen itu, netizen mendakwa bapanya tidak akan sesekali menipu kerana ianya merupakan integriti lelaki itu sebagai seorang doktor.

Bapa Sahkan Berita Perceraian? 

Menjengah kepada Instagram Gorbatenko pula, segelintir netizen terlebih dahulu membanjiri ruangan komen di posting terbaharu miliknya selain turut bertanyakan kesahihan berita perceraian Rihana dan Sultan Muhammad V. Agak mengejutkan yang mana, Gorbatenko menerusi nama akaun IGnya Gorbatenko.traumatolog telah membalas salah satu komen tersebut seolah-olah mengesahkan bahawa anak perempuannya telah berpisah dengan Sultan Muhammad V.

Namun begitu, tidak pasti akaun tersebut adalah palsu atau sebaliknya kerana menerusi carian kami mendapati akaun tersebut telah wujud sekitar November 2018 beserta status yang tertera dalam bahasa Rusia.

Rakan Dakwa Rihana Sudah Pulang Ke Rusia 

Dalam perkembangan lain, menerusi Daily Mail Online, rakan kepada model itu yang dikenali sebagai Tatyana Andreeva turut mengesahkan bahawa wanita itu sudah bercerai dengan Sultan Muhammad V. Menurut kenyataan Tatyana kepada akhbar Komsomolskaya Pravda, Rihana sudah kembali ke Rusia untuk menyertai pertandingan Ratu Cantik Rusia pada 26 Jun lalu dan turut menetap di Moscow.

“Dia menyertai pertandingan ini dan sudah pun bercerai. Kini dia menetap di Moscow,”

Bagaimanapun, peguam kepada Rihana Oksana mendakwa wanita itu tidak menerima sebarang dokumen rasmi berhubung perceraiannya. Jelas, Evgeny Tarlo, berita mengenai perceraian itu sekadar khabar angin yang disebarkan media.

bapa rihana oksanaGorbatenko OksanaGorbatenko OxanaRihana Oksana Cerai Talak TigaRihana Oksana GorbatenkoTatyana Andreeva
https://lomp.at/7q7ct
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

Aeril Zafrel Tampil Beri Teguran Kepada Tareq Fit!-“Haritu Kau Cakap Aku Dayus..”

by Naddy Joe
April 14, 2026

Pelakon dan usahawan, Aeril Zafrel tampil memberikan teguran terhadap jurulatih kecergasan sensasi, Tareq Fit yang meluahkan rasa kesal terhadap penyampai...

Read moreDetails
Berita

Abby Abadi Beri Respon Kenyataan Umisya-“Jangan Berlebihan Mereka-Reka Cerita…”

by Naddy Joe
April 1, 2026

Pelakon, Abby Abadi tampil memberi penjelas selepas kenyataannya mengenai rumah tangga anak perempuannya, Marissa Dania dan Aslam menimbulkan salah faham...

Read moreDetails
Gossip

Isu Dayana Roza Persoal Kenapa Ramai Lelaki Melayu Curang, Reen Rahim Tampil Beri Respon!

by Naddy Joe
April 15, 2026

Pelakon, Dayana Roza membuat perkongsian bersama peminat selepas tular isu curang dalam perkahwinan orang ramai di media sosial, baru -baru...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Gas Naik Harga? Ini Harga Terkini Gas Bagi Tahun 2026

  2. 2

    Warganet Terharu Petua Mesin Basuh Ini Menjadi!- “Semoga Syurga lah Bagi Siapa Bagi Tips Tu”

  3. 3

    Bekas Pengawal Peribadi Shah Rukh Khan Dedah Jumlah Gaji Diterima

  4. 4

    Peminat Panik Selepas Shah Rukh Khan Mahu ‘Berehat’ Dari Dunia Lakonan

  5. 5

    Harga Barang ‘Lock’ Sempena Tahun Baharu Cina Bermula 13 Februari, Ini Yang Orang Ramai Perlu Tahu

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara