Walaupun tidak berkesempatan menunaikan Haji pada tahun lepas, kini pengacara dan usahawan terkenal Neelofa membuat keputusan untuk menunaikan ibadah haji buat kali kedua bersama ibu dan dua orang adik lelakinya pada 4 Ogos ini.

Foto: Instagram Neelofa

Berita ini telah dikongsikan ketika di sesi rakaman Naura Shares edisi haji di MmCineplex, [email protected], Mutiara Damansara baru-baru ini. HangatMalaysia berkesempatan mendengar perkongsian yang begitu santai dan penonton di dalam dewan terpukau dengan kisah-kisah menarik dan pengalaman manis Neelofa ketika menunaikan Haji ataupun Umrah.

IKLAN

Berikut 5 perkongsian menarik Neelofa tentang pertama kali menunaikan Haji pada tahun 2016 dan pengalaman beberapa kali berkunjung ke Tanah Suci untuk menunaikan Umrah.

1Pesanan Allahyarham Datuk Haron Din

Neelofa berkata, hubungan keluarganya dan Haron Din agak rapat. Malah, keluarga Neelofa selalu berkunjung ke kediaman masing-masing.

Sebelum menghembuskan nafas terakhirnya, Allahyarham pernah memberi pesanan kepada ibu Neelofa iaitu Noor Kartini Noor Mohammed supaya membawa suaminya, Abdul Halim Khan dan juga bersama Neelofa untuk menunaikan Haji.

Selepas dimaklumkan tentang hal ini, Neelofa berasa terkejut kerana Allahyarham menyebut namanya selain adik-beradik yang lain untuk dibawa menunaikan Haji.

Siapa sangka, pengacara MeleTop ini dijemput mengerjakan ibadah rukun Islam kelima di Tanah Suci Mekah, dalam usia 27 tahun pada tahun 2016.

2Arwah Datuk Sudah Tunaikan Haji Sebanyak 27 Kali

Seperti mana yang diketahui,  datuk Neelofa, Noor Mohamed Mohammad Din meninggal dunia di usia 83 tahun pada November tahun lalu.

Menurut Neelofa, Allahyarham sudah 27 kali menunaikan ibadah haji dan ini menjadi salah satu inspirasi kepada Neelofa untuk menunaikan Haji setiap tahun.

Allahyarham merupakan salah seorang individu yang berpengaruh di Kelantan dan sering  ke Tanah Suci membawa jemaah haji.

IKLAN

3Tak Pernah Alami Kejadian Aneh Di Tanah Suci

Kita sering mendengar kisah dari tetamu Allah di Makkah yang pernah mengalami kejadian mistik atau ujian saat menunaikan ibadah di tanah suci tetapi ia tidak berlaku kepada Neelofa.

Ketika disoal oleh moderator, Lin Ariffin mengenai ujian-ujian atau kejadian aneh ketika di Tanah Suci, Neelofa akui tidak pernah mengalaminya dan bersyukur sepanjang dia mengerjakan haji dan umrah, semuanya berjalan lancar.

4Doa Yang Yang Boleh Membuatkan Neelofa Akan Menangis

Memang tidak dapat dinafikan, setiap orang mahu dipertemukan jodoh yang sebaik-baiknya. Begitulah yang diharapkan oleh Neelofa, dia sentiasa berdoa agar dipertemukan jodoh yang mampu membahagiakan semua orang disekelilingnya.

“Setiap kali saya berdoa soal jodoh, setiap kali itu saya pasti menangis. Sejujurnya, saya memang rasa sedih. Bukan di Tanah Suci saja tapi di mana-mana saya akan berdoa tentang hal ini. Saya akn berdoa supaya Allah mempertemukan jodoh saya dengan orang baik, bukan sahaja boleh membahagiakan saya, tetapi membahagiakan orang sekeliling saya,”  kata Neelofa.

5Pengalaman Berbeza Setiap Kali Menunaikan Umrah

Foto: IG Neelofa

Sememangnya kita akan dapat lihat Neelofa akan menunaikan umrah hampir setiap tahun. Ketika sesi perkongsian di Naura Shares, Neelofa memberitahu setiap kali ke Tanah Suci, dia akan mengalami pengalaman yang berbeza-beza dan sentiasa menemui sesuatu yang baru.

Neelofa akui umrah terakhirnya bersama pembantu peribadi pada Jun yang lalu antara yang cukup bermakna. Ini kerana dia banyak menghabiskan masa bersama dirinya sendiri untuk beribadah.

Semua perkongsian menarik dari Neelofa ini boleh ditonton di Naura Shares pada 9 Ogos 2019 (9 Malam) iaitu sebuah program terbaru di saluran Astro Naura yang bertemakan ‘Haji’ bersempena dengan Aidiladha.

‘Naura Shares’ Kembali dengan Edisi Haji

Naura Shares merupakan sebuah program perkongsian dari hati yang berlangsung dalam suasana santai dan penuh intimasi bersama penonton, dan dipersembahkan oleh individu-individu ‘luar biasa’ yang terdiri dari barisan selebriti tanah air dan figura berpengaruh dari pelbagai lata belakang.

Menerusi sesi ini, mereka akan berkongsi kisah-kisah penuh inspirasi dan pengalaman bermakna dalam hidup masing-masing dengan kehadiran barisan selebriti terkenal seperti, Neelofa, Adam Corrie dan Atu Zero.

Mereka akan turut ditemani pasangan hebat yang pernah mencatatkan rekod berbasikal ke Makkah, Ahmad dan Adilah, di mana pasangan ini akan berkongsi tentang pengalaman melengkapkan ekspedisi “Kembara Memburu Hikmah’.

Komen Anda