Barangkali berita mengenai salah seorang ahli kumpulan Blue, Duncan James sukakan kaum sejenis bukanlah sesuatu yang mengejutkan.

Pada tahun 2009, Duncan pernah mendedahkan bahawa dia adalah seorang yang biseksual sebelum memberitahu secara rahsia kepada salah seorang daripada ahli kumpulan Blue, Simon sekitar 2012.

Dedah Gambar Kekasih 

Setelah lama mendiamkan diri mengenai status sebenarnya, akhirnya Duncan mendedahkan bahawa dia kini adalah seorang gay dan turut memuat naik gambar teman lelaki nya yang dikenali sebagai Rodrigo Reis, seorang warga Brazil. Menurut Duncan, selama ini dia terpaksa menutup mulut kerana tidak yakin untuk mendedahkan apatah lagi dengan statusnya sebagai seorang selebriti.

Akhirnya saya gembira dapat berterus-terang. Saya tidak pernah mengakuinya sejak beberapa tahun lalu sebab tiada keyakinan untuk berbuat demikian.

“Namun akhirnya saya mengaku dan bangga dengan diri saya dan jejaka di sebelah saya ini membuatkan saya berasa bangga menjadi gay,”

Hanya Berkongsi Kisah Sebenar Pada Simon

Jelas penyanyi yang berusia 41 tahun itu lagi, dia hanya berkongsikan kisah itu kepada Simon ketika berada di bilik Hotel di Los Angeles.

Ketika itu, Simon telah menasihatkannya agar menceritakan perkara yang sebenar kepada ibunya. Tidak menyangka ibunya akan memberikan sokongan, Duncan berasa begitu terharu dengan sokongan yang dan turut menyatakan menjadi gay adalah satu perkara terbaik yang pernah berlaku dalam hidupnya.

“Bila saya berkongsikan kisah saya kepada Simon, dia menasihatkan saya agar beritahu kepada ibu yang ketika itu berada di Los Angeles bersama saya di bilik hotel.

“Ketika itu saya buat pengakuan pada ibu dengan mengatakan saya sedang bercinta dengan kekasih saya pada ketika itu, Pete. Ibu saya kemudian berkata, Awak gay? Saya ingatkan awak ada penyakit kanser,”

Selain Duncan dan Simon, Blue turut dianggotai oleh Lee Ryan dan Anthony Costa