Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Tumbuk Bekas Tunang : Netizen Mula ‘Speku’ Syafie Naswip

by Khai Azfar
July 29, 2019
Share on Facebook

Semalam tular mengenai kontroversi melibatkan seorang pelakon lelaki apabila akhbar Harian Metro melaporkan pelakon itu telah ditahan oleh polis selepas didakwa membelasah bekas tunangnya yang juga seorang pelakon wanita popular berusia 23 tahun.

Dakwa Bekas Tunang Jalin Hubungan Songsang

Dakwaan tersebut muncul selepas wanita itu memintanya memutuskan hubungan songsang dengan kenalannya pada 26 Jun lalu selepas mendapat tahu pelakon itu menjalinkan hubungan sejenis. Menurut Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan, pelakon lelaki berusia 27 tahun itu dikatakan telah datang ke rumah bekas tunangnya di Taman Puncak Jalil, Seri Kembangan, Serdang, kira-kira jam 9 pagi hari kejadian.

Dipukul sehingga Berdarah

Suspek dikatakan telah memaksa wanita itu untuk masuk ke dalam kereta serta memaki hamun dengan mengeluarkan kata-kata kesat serta turut bertindak kasar dengan mencekik leher, menumbuk muka, mencengkam mata serta menumbuk mulut mangsa sehingga berdarah. Jelas Ismadi, pelakon wanita itu ada mengambil gambar sebagai bukti tetapi dipadam secara senyap oleh suspek yang telah mengugutnya.Ekoran itu, mangsa telah dirujuk ke Hospital Serdang untuk rawatan lanjut, namun tiada kesan kecederaan kerana kejadian itu sudah lama berlaku.

Malah pelakon lelaki itu telah menyerah diri di ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang untuk diambil keterangan dan mengaku melakukan perbuatan terbabit dan dibebaskan dengan jaminan polis pada Ahad (semalam), selepas selesai diambil keterangan.

Topik Berkaitan “Bagaikan Aur” – Kisah Keluarga Sarat Nilai Kasih Sayang Di Panggung RTM

Netizen Banjiri Ruangan Komen Syafie Naswip 

Selepas tularnya isu itu, netizen mula membanjiri ruangan komen posting terbaharu milik Syafie Naswip selepas membuat spekulasi bahawa dia adalar pelakon lelaki yang dimaksudkan. Menguatkan lagi dakwaan berkenaan seperti laporan pihak polis,kedua-dua pelakon ini telah memutuskan pertunangan pada 21 Julai lalu yang mana Syafie turut memaklumkan pada media bahawa hubungannya bersama Aishah Azman juga sudah terlerai pada 21 Julai.

Ekoran itu, rata-rata netizen telah bertindak mengecam tindakan Syafie selain terkejut bahawa pelakon ini sebenarnya mempunyai hubungan songsang. Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
aishah azmansyafie naswipsyafie naswip gaysyafie naswip putus tunang
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Tolonglah Normalkan Diri Jadi ‘Anjing’ JPJ”- Zhiddin Aziz Perjelas Maksud Istilah Digunakan

  2. 2

    Baby Shima ‘Bidas’ Zhiddin Aziz Selepas Dihina Di Media Sosial?-“Saya Alhamdulillah Tak Ciplak Karya Orang…”

  3. 3

    Beacon Resort Dekat KL Ini Buat Ramai Mahu Pergi, Tak Sangka Seindah Ini!

  4. 4

    Bayar RM600 Tapi Tak Dapat Duduk Homestay? Luahan Keluarga Cetus Perdebatan Tentang Hak Pengguna

  5. 5

    Luahan Nasib Anak Mona Fandey Yang Ramai Tidak Tahu-“Terpaksa Telan Air Liur Ayahnya?”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara