• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight

Ziana Zain Komen Kemelut Yang Berlaku Antara Erra Fazira & Umie Aida

by Zaidin Albert
August 2, 2019
Share on Facebook

Perbezaan pendapat dan perselisihan di kalangan selebriti sememangnya sudah menjadi hal biasa. Seperti yang berlaku baru-baru ini  di laman sosial di mana rata-rata netizen sibuk campur tangan mengenai perselisihan faham diantara dua orang pelakon popular yang juga sahabat karib, Erra Fazira dan Datin Seri Umie Aida.

Keakraban dua artis terbabit sememangnya diketahui umum sejak bertahun-tahun lamanya. Walaupun kedua-dua mereka sudah berdamai, namun masih ramai yang terus bercakap mengenai konflik yang berlaku. Hal ini turut mendapat reaksi dari rakan artis iaitu penyanyi Ziana Zain.

Memetik dari Utusan Online, Ziana mengaku terkesan dengan konflik yang berlaku terhadap Erra dan bersimpati dengan apa yang terjadi.

“Jangan ditanya lanjut kepada saya penjelasan terhadap setiap isu yang sedang dihadapi Erra. Saya tidak tahu menahu sebab hanya membaca di surat khabar dan tahu daripada media sosial. Sebagai kawan baik, saya terpanggil untuk menyuntik semangat kepadanya biarpun dari jauh,”

Demikian ulasan ringkas Ziana ketika ditanya oleh wartawan Utusan Online mengenai hubungannya bersama Umie.

Menurut Ziana, dia percaya bahawa hanya Erra sahaja yang mengetahui apa yang sedang dialami waktu ini. Sebagai orang luar, tidak sepatutnya menjangkakan apa yang sedang Erra rasakan kerana kita tidak berada dalam situasinya.

Ziana percaya Erra mampu menghadapi kemelut yang sedang dihadapinya itu kerana dia wanita kuat. Sebagai anak seni sejati, Erra pasti dapat menempuh momen sedih tersebut walaupun perit.

Ziana memilih untuk tidak campur tangan dengan isu ini dan menunggu masa bersesuaian untuk bertemu dengan Erra. Pada masa yang sama, Ziana turut memberi nasihat supaya memberi sedikut ruang untuk Erra mengatasi masalah yang sedang dihadapi.

Dalam perkembangan lain, Erra kini sedang menghitung hari untuk berangkat ke Tanah Suci Makkah untuk menunaikan ibadat haji pada 5 Ogos ini.

https://lomp.at/6s95v
Share2Tweet2SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Indonesia

Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

by Naddy Joe
February 4, 2026

Penyanyi terkenal Indonesia, Raisa bakal mengubat rindu peminat di malaysia dengan konsert jelajah terbaharunya, Raisa Ambivert Tour. Persembahan yang amat...

Read moreDetails
Foto - @khairulaming (IG)
Lokal

Tolak Cadangan Tunjuk IC, Penjelasan Khairul Aming Buat Ramai Terdiam- “Tak Semua Tahu PDPA Ni”

by Nurul A.
February 6, 2026

Usahawan dan pempengaruh, Khairul Aming sekali lagi mencuri perhatian ramai selepas menolak cadangan sesetengah pengguna media sosial di platform Threads....

Read moreDetails
Musik

Lebih Dari 10 Selebriti Popular di MITEC Hujung Minggu Ini, Apa Jadi?

by Phic ARMAN
February 5, 2026

Bayangkan anda tiba di MITEC, Kuala Lumpur hujung minggu ini. Suasana terus hidup dengan bunyi muzik, lampu warna-warni dan orang...

Read moreDetails
Berita

Uyaina Arshad Gemar Amalan Berpantang Secara Tradisional, Peminat Setuju! -“Bantu Sembuh Dengan Lebih Cepat..”

by Naddy Joe
February 4, 2026

Umum mengetahui pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad telah selamat melahirkan cahaya mata ketiga pada 28 Januari lalu. Selamat melahirkan cahaya...

Read moreDetails
Foto - @noornabila (IG)
Lokal

Noor Nabila Buka Mulut Tentang Kekasih Baru, Netizen Lega Bukan Aliff Aziz

by Nurul A.
February 5, 2026

Usahawan dan pempengaruh gaya hidup, Noor Nabila kembali mencuri perhatian ramai apabila memuat naik gambar mesranya bersama seorang jejaka. Menerusi...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  2. 2

    Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

  3. 3

    Tolak Cadangan Tunjuk IC, Penjelasan Khairul Aming Buat Ramai Terdiam- “Tak Semua Tahu PDPA Ni”

  4. 4

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

  5. 5

    Dari Penjara ke Istana: Detik Pertemuan Penuh Emosi Dr. Malik Dengan Sultan Selangor

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore