Wednesday, July 9, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Gossip

Isu Foto Bogel : Faizal Tahir Titip Pesanan Buat Netizen

by Khai Azfar
August 5, 2019
74
KONGSIAN
Share on Facebook

Sebelum ini menerusi laporan kami terdahulu, hangat memperkatakan mengenai sebuah foto bogel yang tular di media sosial yang dikatakan mirip seorang penyanyi lelaki terkenal, Faizal Tahir.

Serahkan Pada Netizen Untuk Menilai 

Menjelaskan dakwaan tersebut, Faizal ketika ditemui murai.my di majlis pelancaran album Rojak yang berlangsung di Warner Music, Damansara baru-baru ini tidak mengesahkan atau menafikan gambar kontroversi terbabit itu dirinya atau tidak. Malah penyanyi ini lebih selesa untuk menyerahkan penilaian tersebut kepada netizen kerana baginya tiada penjelasan diperlukan bagi isu tersebut.

“Kalau ini percubaan orang untuk mengganggu keharmonian rumah tangga saya, saya doakan yang baik-baik untuk orang itu. Saya rasa saya tak perlu jawab apa-apa sebab hanya isteri saya dan Allah yang tahu kebenarannya.

“Tiada siapa boleh menghukum saya. Saya tak rasa tertekan pun bila saya dapat tahu. Saya tak perlu jelaskan secara terperinci kepada sesiapa pun kerana yang lebih penting isteri saya tahu mengenai foto itu,”

Tiada Apa Perlu Disorokkan 

Tegas Faizal lagi,tiada apa yang perlu disorokkan sambil menjelaskan gambar tersebut bukanlah disebarkan olehnya sendiri

“Saya dah berusia 41 tahun dan banyak lagi benda lain yang lebih baik untuk dikongsi. Biarlah netizen untik membuat penilaian sendiri sama ada gambar itu mirip saya atau tidak.

“Terpulang kalau orang kata ia saya, saya tiada apa untuk disorokkan. Yang penting foto itu bukan disebarkan oleh saya dan kalau siapa yang menantikan gambar seperti itu, nikmatilah ia!,” katanya berseloroh.

Sebelum ini, ramai yang membuat spekulasi bahawa foto bogel tersebut asli dan tidak kurang juga ada yang mempertikaikannya. Selain Faizal, beberapa selebriti lelaki popular turut terpalit dengan isu yang sama.

faizal tahirgambar bogelgambar bogel faizal tahir
https://lomp.at/7cz8z
Share30Tweet19SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  4. 4

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem