Nampaknya selepas ini, lebih ramai lagi rakyat Malaysia akan berbelanja dalam talian. Selepas beberapa kewujudan laman membeli-belah secara dalam talian seperti Lazada, Shopee dan sebagainya, kini muncul pula sebuah platform terbaru MMspot.
Apa yang membezakan dengan palform membeli belah dalam talian yang lain, MMspot merupakan sebuah Platform Ganjaran Digital dengan jutaan pengguna di rantau asia.
Bayar RM100 Dapat RM300 e-Baucar

Lebih menarik MMspot memperkenalkan aplikasi pengendalian mata ganjaran yang pertama di Malaysia. Bagi memberi peluang kepada pengguna menggunakan aplikasi ini secara ekslusif, MMspot telah melancarkan pek permulaan dikenali sebagai “SATAY”.
Pengguna boleh melanggan pek permulaan ini dengan harga RM100 sahaja dan mendapat e-Baucar bernilai RM300. e-Baucar ini boleh digunakan di platform-platform rakan kongsi MMspot.
Lebih Banyak Ganjaran
Melalui penggunaan e-Baucar di platform berkenaan, pengguna boleh meraih lebih banyak mata ganjaran. Pada masa yang sama, mata ganjaran terbabit boleh ditukar semula kepada e-Baucar.
Melalui ekosistem MMspot, nilai e-Baucar akan meningkat dua kali ganda dengan sistem penukaran mata ganjaran e-Baucar dikenali sebagai e-VCP.
Nikmati 10% Rebat
Pengguna boleh menikmati sekurang-kurangnya 10% rebat jika menggunakan e-Baucar tersebut. Pengguna juga boleh melakukan pemindahan e-Baucar kepada kawan dan ahli keluarga. MMspot yakin dengan aplikasi yang baru dilancarkan ini, dapat membantu pengguna mengendali baki mata ganjaran mereka yang terbiar atau sudah lama tidak digunakan.
Pengguna Mcalls boleh mendapat mata ganjaran sebanyak 7%
MMspot juga membantu mengendali dan menguruskan mata ganjaran bagi salah sebuah
syarikat telekomunikasi terbesar di Malaysia iaitu Mcalls. Pengguna Mcalls boleh
mendapat mata ganjaran sebanyak 7% jika tambah nilai secara sendiri.
MMspot juga ingin mengambil kesempatan ini memperkenalkan platform-platform rakan kongsi sedia ada di aplikasi mereka :
● Platform Beli-Belah Atas Talian – Mbooster e-Baucar (eVM)
● Hiburan & Konsert – MacpiePro e-Baucar (eVP)
● Platform Makanan & Minuman – JioBuddy e-Baucar (eVJ)
● Hartanah – Ridgez e-Baucar (eVR)
● Pendidikan – Evetag e-Baucar (eVE)
● Platform Beli-Belah Di Luar Talian – JioJioGo e-Baucar (eVV)
● Automotif – VeTag e-Baucar (VCV)
● Pelancongan – GoTogether e-Baucar (eVT)
Nampak lebih mudah dengan aplikasi terbaru ni kan? Tunggu apa lagi muat turun aplikasi ini di telefon pintar anda. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari mmspot.com.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.