Wednesday, June 18, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti

7 Artis Popular Malaysia Ini Jalani Ibadah Haji 2019, Penuh Harapan & Doa

by Zaidin Albert
August 6, 2019
Share on Facebook

Tahun ini beberapa artis Malaysia telah mendapat kesempatan untuk melakukan ibadah haji. Menerusi Instagram, selebriti tersebut berkongsi pengalaman sebelum berangkat ke Tanah Suci.

Ada yang pergi bersama dengan suami dan keluarga, namun ada juga yang melaksanakan salah satu rukun Islam tersebut secara berseorangan. Berikut beberapa selebriti yang berkesempatan menunaikan ibadah haji tahun ini.

Neelofa Mengerjakan Haji Buat Kali Ke-2

View this post on Instagram

A post shared by Neelofa (@neelofa)

Pengacara Neelofa mengumumkan bakal mengerjakan umrah buat kali kedua pada tahun ini. Neelofa akui beliau mempunyai niat untuk berdoa agar cepat bertemu jodoh ketika berada di Mekah nanti kerana ia adalah peluang keemasan untuk memohon apa sahaja di depan Kaabah nanti. Haji kedua ini nanti turut disertai dua orang adik lelaki dan ibunya.

Erra Fazira Mengerjakan Haji di Mekah Secara Solo

Pelakon dan penyanyi popular Erra Fazira buat pertama kalinya dia akan mengerjakan haji di Mekah pada tahun ini secara solo atau berseorangan tanpa mahram. Memetik dari laporan Harian Metro, Erra berkata dia membuat persiapan dengan melantik seorang Ustaz untuk memberikan tunjuk ajar dan berkongsi gambaran mengenai selok-belok ibadah haji.

Datin Shahida Berbadan Dua Mengerjakan Haji

View this post on Instagram

A post shared by Nur Shahida Mohd Rashid (@shahidadherbs)

Datin Seri Shahida, isteri kepada usahawan kosmetik, Dato’ Seri Aliff Syukri, antara yang terpilih untuk dijemput menjadi tetamu Allah pada tahun ini.

Meskipun sedang hamil, Shahida tetap nekad terus menyahut panggilan Allah bagi menunaikan rukun Islam yang kelima itu.

Menerusi kapsyen yang ditulis, Shahida menzahirkan rasa syukur diberi peluang kali kedua menunaikan haji dan walaupun keputusan agak berat kerana sedang hamil, dia berterima kasih kepada suami yang tetap memberi keizinan.

“Alhamdulillah ….tahun ni rezeki saya dijemput lagi mengerjakan haji menjadi tetamu Allah di Bumi Mekah…..tidak keseorangan bersama anak saya yg masih di alam rahim❤️.yg temankan saya sepanjang berada di sana”

Aris Ariwatan Menunaikan ibadat haji bersama isteri

Kredit Foto: Abd Khabir Mohd Ali

Penyanyi veteran yang popular dengan lagu Lamunan Terhenti, Aris Ariwatan menunaikan ibadat haji bersama isteri pertama, Maria M Nur pada tahun ini. Memetik dari BH Online,  Aris mengharapkan doa dari peminatnya supaya perjalanan ibadat haji dengan isteri berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

Ashraf Muslim Berseorangan Tanpa ditemani ahli keluarganya

View this post on Instagram

A post shared by Ashraf Muslim (@ashrafmuslim)

Ashraf atau nama sebenarnya Mohd. Ashraf Muslim, berangkat ke Tanah Suci Mekah pada 2 Ogos yang lalu  berseorangan tanpa ditemani mana-mana ahli keluarganya. Menerusi salah satu posting nya di Instagram, Lebih Ashraf turut memberi pesanan kepada kedua-dua isterinya, Dayana dan Sakinah serta empat orang anaknya agar jangan bimbang dan bersedih dengan pemergiannya ke Mekah.

Wany Hasrita Dapat Jemputan Kerajaan Arab Saudi

Siapa sangka pada usianya yang masih muda, penyanyi jelita  Wany Hasrita juga akan berangkat ke Tanah Suci bagi menunaikan rukun Islam kelima. Memetik dari Utusan Online, Wani mendapat peluang berharga ini dari jemputan istimewa oleh kerajaan Arab Saudi sendiri.

Amira Othman Menemani Wany Hasrita

https://www.instagram.com/p/B0XokmBjVsV/

Penyanyi dan kini berjinak-jinak dalam dunia lakonan, Amira Othman juga akan berangkat ke Tanah Suci bersama Wany Hasrita untuk mengerjakan haji.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

https://lomp.at/i6jwb
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Netizen Puji Keluarga Datuk Aliff Syukri-“Walaupun Kaya Tetap Merendah Diri”

  2. 2

    [VIDEO] Datin Alyah Perjelas Isu Anak Angkat-“Dia Mahram Dengan Tok Ram”

  3. 3

    [VIDEO] ‘Me Time’ Di Salun Rambut, Wajah Jelita Tunku Aminah Disamakan Dengan Pelakon Jepun

  4. 4

    [VIDEO] Gelagat Budak Kecil Berdoa Di Kubur Undang Ketawa Ramai- “Adik Lambat Sikit Je Doa”

  5. 5

    Bella Astillah Mohon Maaf Isu Mesra Dengan Syed Saddiq-“Hanya Kerja, Bukan Cinta”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem