Wednesday, July 2, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Jalan-Jalan

Risau Ditahan ‘Profiler’ Australia? Gadis Ini Kongsi Tips Untuk ‘Traveller’

by Khai Azfar
August 8, 2019
17
KONGSIAN
Share on Facebook

Sejak dua hari yang lalu, tular di media sosial mengenai sebuah perkongsian netizen yang mana sekumpulan sahabat yang juga warga tempatan telah terkandas untuk berlepas ke Perth, Australia. Dalam perkongsian itu, netizen tersebut telah ditahan oleh seorang pegawai yang dikenali sebagai Profiler, bertanyakan pelbagai soalan termasuklah mengenai jumlah wang yang dibawa dan jadual perjalanan sehingga membuatkan perancangan awal mereka  untuk ke Australia tergendala dan terpaksa mengubah haluan percutian ke Krabi.

Berpunca Dari Sikap Rakyat Malaysia 

Ramai yang akui antara punca utama permasalahan tersebut terjadi adalah kerana terdapat segelintir rakyat Malaysia telah menginap di Australia lebih lama dan mengambil kesempatan untuk bekerja sebagai pengutip buah secara haram di sana. Disebabkan itu, persepsi kepada rakyat Malaysia telah berubah dan undang-undang juga telah diperketatkan sehingga menyukarkan rakyat Malaysia yang lain untuk melancong ke Australia.

Tips Ke Australia 

Dek kerana perkongsian itu, pengguna laman Twitter dikenali sebagai Neyra Shazeyra dan Nadia Azlan yang pernah berkunjung ke negara Kangaroo itu berkesempatan untuk berkongsi pengalaman dan tips mereka sebelum ini. Passport dan VISA lengkap tidak semestinya anda ‘selamat’. Berikut kami tampilkan rumusan tips yang diberikan oleh mereka menerusi media sosial itu.

Bawa Wang Lebih Dari Perancangan Asal

Profilers lazimnya akan memfokuskan kepada mereka yang menggembara secara solo atau mereka yang kelihatan masih muda. Buat mereka yang sudah berkeluarga sudah pasti ianya satu ‘kredit’ untuk mereka lepas begitu sahaja.

Jadi dinasihatkan kepada mereka yang tergolong dalam kelompok yang difokuskan, bawa wang saku lebih dari perancangan asal bagi mengelakkan timbul rasa curiga. Tips kami- tidak salah untuk anda tukarkan duit lebih banyak kepada mata wang Australia, jadikannnya sebagai ‘tabung kecemasan’ . Justeru apabila pulang ke tanah air, anda boleh tukarkan semula wang tersebut. Sediakan payung sebelum hujan!

Sediakan Jadual Perjalanan (Itinerary)

*gambar sekadar hiasan

Negara lain anda mungkin boleh ‘gamble’ tetapi tidak lagi di Australia. Ini kerana segala-galanya memerlukan jadual.Nasihat untuk anda, sila rancang dan tuliskan perancangan anda sepanjang berada di negara ini. Sekiranya anda menginap di mana-mana tempat, sertakan sekali bukti penginapan dan pembelian tiket sebagai simpanan. Tidak rugi pun!

Senaraikan Nama Ahli Rombongan

Mungkin nampak remeh, namun perkara ini mungkin akan menjadi isu kelak. Pastikan anda membuat satu senarai nama dan butiran lengkap ahli rombongan mahupun keluarga anda yang turut sama berkunjung ke sini. Jika ada saudara mara-atau kenalan di Australia sertakan butiran bersama atau jika tiada sertakan butiran VISA dan tempoh anda berkunjung.

Sediakan Penyata Gaji Dan Slip Kebenaran Untuk Cuti

Gambar : Twitter Anaz

Buat anda yang bekerja, pastikan salinan penyata gaji sekurang-kurangnya dua bulan dan slip kebenaran untuk bercuti dari majikan dibawa bersama.

‘Declare’ Barangan Yang Dibawa

Kami pasti bukan sahaja di Australia malahan jika anda berkunjung di negara lain sudah pasti akan membawa bersama sedikit bekalan makanan segera mahupun ubat-ubatan. Untuk tips ini, anda wajib lakukannya!

Tidak kira apa jenis makanan yang dibenarkan bawa bersama dan juga ubat-ubatan pastikan anda tulis dan sediakan salinan kelengkapan ini selengkapnya. Jika anda bernasib baik, pihak Imigresen tidak akan membuka beg anda sekiranya senarai ini sudah diberikan terlebih dahulu.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Itinerary ke Australiatips ke Australia
https://lomp.at/7jum1
Share7Tweet4SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem