Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Indonesia

Intip Rumah 5 Diva Indonesia Persis Sebuah Istana!

by Khai Azfar
August 8, 2019
Share on Facebook

Tidak seperti selebriti Hollywood, jarang sekali selebriti tempatan menunjukkan pada umum mengenai kediaman mereka. Begitu juga bagi selebriti popular di Indonesia, ada diantara mereka yang berkongsi mengenai rumah mereka sebagai satu inspirasi buat peminat.

Rumah Mewah Selebriti Indonesia 

Di Indonesia, ramai selebriti memilih untuk tinggal di kediaman mewah yang dilengkapi pelbagai kemudahan elit lain dari yang lain. Menerusi perkongsian sebuah portal di Indonesia, intip gambar rumah lima selebriti ini yang dianggap peminat sebagai ‘the true diva’. Sememangnya mewah!

Krisdayanti

Dibangunkan di atas tanah seluas 1.270 meter dengan luas kediaman mencapai 900 meter persegi, rumah Krisdayanti ini berada di kawasan Jeruk Purut, Jakarta Selatan dan sememangnya terlihat mewah bak istana. Terdiri dari beberapa tingkat, rumah Krisdayanti ini mempunyai halaman belakang yang begitu luas dan dilengkapi dengan kolam renang. Malah hiasan dalam rumah juga kelihatan begitu mewah dengan pemilihan kemasan yang elegan habis!

Dato Sri Rossa

Pengalamannya selama berpuluh tahun di dalam industri muzik tanah air membawa nama Rossa sebagai salah seorang Diva yang begitu disegani.Memiliki sebuah rumah mewah di kawasan Kemang, Jakarta Selatan dikatakan rumah penyanyi ini seperti sebuah resort mewah! Rumah dua tingkat bernilai lebih dari 1.5 juta ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti kolam renang, bilik pakaian dan banyak lagi.Antara yang mencuri perhatian adalah kamar mandi Dato Sri Rossa yang begitu luas sama seperti hotel lima bintang.

Syahrini

Glamour dan mewah! Itu sahaja cukup untuk melambangkan penampilan Syahrini. Begitu juga dengan rumahnya yang terletak di salah satu daerah di Jakarta. Bergaya elegan, rumah mewah milik Syahrini dihias dengan interior serba putih. Sama seperti rumah mewah selebriti Indonesia yang lain, rumah Syahrini juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan termasuk sebuah mini padang golf

Terbang Ke Oxford Bukti Noah Sinclair Makin Dewasa, Tapi Lain Pula Netizen 'Zoom'- "Tampannya Mirip..."

Yuni Shara

Enggan kalah dengan adiknya, Yuni Shara juga mempunyai sebuah rumah mewah. Dihias dengan gaya klasik, rumah Yuni Shara didominasi dengan interior warna putih dan hitam. Dilengkapi dengan halaman luas dengan pelbagai tanaman hijau, rumah Yuni Shara ini terlihat begitu unik dengan pelbagai konsep klasik.

Bunga Citra Lestari

Dikenali sebagai seorang aktres, penyanyi dan usahawan, memiliki sebuah kediaman mewah bukanlah satu perkara mustahil buat Bunga Citra Lestari. Bukan hanya di Jakarta, pelakon filem My Stupid Boss 2 ini juga mempunyai sebuah rumah di Kuala Lumpur, Malaysia. Rumah tersebut akan menjadi tempat tinggal BCL setiap kali ke Malaysua bersama suami, Ashraf Sinclair.Gemar dengan konsep minimalis moden kesan mewah dan elegan dapat terlihat dari pemilihan perabot yang memiliki unsur klasik.

Error happened.
bunga citra lestariDato Sri Rossakrisdayantirumah mewah selebriti indonesiasyahriniyuni shara
https://lomp.at/d513y
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  3. 3

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  4. 4

    “Dah Banyak Kes Orang Sakit Mental”- Rakyat Mula Resah, Kuota BUDI95 Didakwa Punca Kesihatan Terjejas

  5. 5

    Ramai Tengah Serbu Seri Negara KL, Tempat Bersejarah Ini Kini Nampak Lebih Moden

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara