Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz Inspirasi

Faizal Tahir Catat Sejarah Sebagai Artis Pertama Ada Mural Sendiri di Kuala Lumpur

by Phic ARMAN
August 9, 2019
Share on Facebook

Seperti mana yang kita tahu, Faizal Tahir baru saja mengeluarkan album terbarunya yang berjudul “ROJAK” pada 2 Ogos yang lalu. Apa yang lebih menarik, Faizal Tahir telah mengabadikan lukisan mural di Kuala Lumpur yang telah ditandatangani oleh Faizal sendiri dan disaksikan oleh Penyelaras Projek Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Encik Marzuki Bin Hj. Ahmad.

Menurut Faizal Tahir  lukisan mural ini sangat bermakna buat dirinya dan juga peminat kerana album “ROJAK” merupakan album terakhir daripada Faizal Tahir. Lukisan mural ini telah dilukis oleh pelukis terkenal iaitu Katun atau nama sebenarnya Ab Hafiz Bin Ab Rahman. Projek lukisan ini hanya memakan masa selama 2 hari.

Sebagaimana namanya, “ROJAK” yang juga merupakan album kelima Faizal Tahir ini menawarkan aneka sajian muzik dari pelbagai genre berlainan. Album ini memuatkan 9 buah lagu dan antara yang pernah dikeluarkan sebelum ini adalah seperti ‘Ragaman’, ‘Bisa Aja’, ‘Starfeather’ dan yang paling baru ‘Ratu’.

Sebagai bonus buat peminat, album “ROJAK” turut memuatkan tiga lagu baharu berjudul ‘Kamu’, ‘Until We Meet Again’ dan lagu runut bunyi untuk filem animasi BoBoiBoy Movie 2 terbitan Animonsta Studios yang berjudul ‘Fire & Water’.

Album “ROJAK” diterbitkan oleh syarikat rakaman milik Faizal Tahir sendiri iaitu Faithful Music dengan kerjasama Warner Music Malaysia selaku pengedar. Album fizikal dalam bentuk CD boleh dibeli di kedai-kedai seluruh negara manakala versi digital boleh didapati di kesemua platform digital seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBox, Deezer dan iTunes bermula 2 OGOS 2019.

Ab Hafiz Bin Ab Rahmanfaizal tahir
https://lomp.at/fh2op
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - UNIQLO Malaysia
Inspirasi

Hanya 2 Kali Sebulan, UNIQLO Malaysia Beri Pokok Percuma Di Taman Tugu Nursery!

by Nurul A.
February 28, 2026

Peruncit pakaian global UNIQLO mengumumkan kelanjutan kerjasamanya dengan Taman Tugu Malaysia dan Pusat Alam Sekitar Global (GEC), bagi memperkukuh komitmen...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  3. 3

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  4. 4

    Dikatakan Majlis Pernikahan Dipenuhi Dengan Alkohol? Netizen Mula Bongkar Agama Sebenar Luna Maya

  5. 5

    Isteri Pertama Najib Razak Yang Ramai Tak Tahu! Ramai Kata Puteri Zainah Mirip Tun Rahah

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara