Wednesday, June 18, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti

Norish Karman Anggap Segelintir ‘Instafamous’ Bagaikan ‘Firaun’

by Phic ARMAN
August 16, 2019
Share on Facebook

Zaman sekarang media sosial memang medium untuk berkongsi apa sahaja sehinggalah lahirnya ramai pemilik akaun Instagram yang berpengaruh malah lebih popular dari selebriti. Seharusnya gelaran ‘Instafamous’ atau ‘Influencer’ ini bukan sekadar mencari populariti semata-mata. Ia perlu datang sekali dengan pakej yang memerlukan mereka memberi ilmu positif kepada pengguna media sosial media untuk menggunakan lebih baik.

Namun ada segelintir golongan “Instafamous” ini mengambil kesempatan dari gelaran tersebut untuk meraih keuntungan dan kekayaan sehinggalah leka dan alpa dengan tujuan asal mereka.

Bagaikan Firaun Zaman Moden

Hal ini turut disedari oleh pelakon dan usahawan, Norish Karman yang menyifatkan segelintir Instafamous yang menggunakan pengaruh yang dimiliki untuk kepentingan diri atau syok sendiri sehinggakan lupa untuk berkongsi kekayaan kepada orang yang lebih memerlukan.

“Wahai orang-orang kaya yang suka menunjuk-nunjuk, wahai para instafamous yang jadi kaya bukan kerana bakat, wahai manusia-manusia yang ada segalanya… apa erti kamu semua yang ada segala kekayaan dan kuasa ‘so calles influential’ jika masih ada ramai orang susah, miskin yang belum mampu kamu kongsi kekayaan kehebatan pangkatmu itu! Lucutkan saja apa yang kamu ada kalau setakat syok sendiri bagaikan Firaun di Zaman Moden”- katanya di IG Stories

Pesanan dari Norish ini sebenarnya untuk mengajak para “Instafamous’ atau “Influencer” ini supaya menjaga perilaku yang baik kepada pengikut bukannya menunjuk-nunjuk dari hasil kekayaaan yang dikecapi.

Memang tidak dapat dinafikan, sejak akhir-akhir ini agak membimbangkan apabila ada segelintir golongan ini membawa imej yang tidak senonoh dan perilaku yang kurang baik justeru dipertontonkan kepada jumlah pengikut yang ramai di mana kebanyakkan mereka terdiri daripada golongan remaja.

Apa akan jadi pada anak muda pada masa akan datang jika mereka terus mengagung-agungkan idola yang salah? Renung-renungkan lah!

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

https://lomp.at/zlpf2
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Fattah Amin Duduk Di Sebelah katil Amira Othman Buatkan Netizen Tersenyum!

  2. 2

    “Seronok Sangat Tayang Bahagia”-Elfira Loy Akui Sering Bergaduh Dengan Suami

  3. 3

    [VIDEO] “Lagu Paling Sampah Dari Penyanyi Muda!” – Macam Galakkan Lagi Penonton, Netizen Kecam Teguran PU Syed

  4. 4

    David Beckham Selepas Bersara- Kini Tinggal Di Kampung, Berkebun & Bela Ayam

  5. 5

    “Tak Kisah Kalau Ejen Ali Potong Filem Keluarga Kami”-Syafiq Yusof Tak Mahu Lagi Dibelenggu Takhta Filem No. 1 Malaysia

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem