Saturday, June 28, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selera

Jom Cuba Coklat Berperisa Durian Dari Cadbury

by Phic ARMAN
August 20, 2019
Share on Facebook

Cadbury, jenama konfeksi kesukaan Malaysia di bawah jenama makanan ringan terkemuka Mondelēz International sekali lagi meraikan perisa Malaysia dengan pelancaran perisa edisi terhad tempatan keduanya, Cadbury Dairy Milk Durian eksklusif untuk pasaran Malaysia.

Dalam usaha berterusan menghormati sambutan kebudayaan Malaysia, Cadbury Dairy Milk sekali lagi menjalin kolaborasi dengan kartunis ikonik Malaysia, Datul Lat, yang mana ilustrasinya akan dipaparkan pada bungkusan produk terpilih Cadbury Dairy Milk.

Konglomerat konfeksi berterusan membawa lebih banyak coklat lazat kepada pengguna Malaysia dengan memperkenalkan Cadbury Dairy Milk Durian yang sinonim dengan budaya Malaysia. Bersama adunan enak perisa sebenar durian dan coklat susu yang lazat, produk terbaharu Cadbury Dairy Milk ini pasti menggamit nostalgia terhadap dua perisa yang rakyat Malaysia sudah kenali dari kecil dan menyukainya.

View this post on Instagram

A post shared by CadburyMY #ShareTheGoodness (@cadbury_my)

“Dusun di dalam Kota”

Pengalaman berjalan ke dusun durian adalah satu perkara yang ramai rakyat Malaysia kongsikan dengan ahli keluarga dan sahabat handai mereka dengan matlamat meluangkan
masa berkualiti dan menikmati rasa tiada tolok bandingnya Raja Buah itu.

Dalam usaha mengembalikan semula kenangan pengalaman itu, Cadbury Dairy Milk mengelolakan acara hujung minggu bertema “Dusun di dalam Kota” di Sunway Pyramid dari 16-18 Ogos yang memaparkan keadaan di dusun dan permainan kanak-kanak nostalgik seperti permainan gasing, dan bowling durian – yang diambil daripada boling kelapa – bagi membolehkan rakyat Malaysia mengenang dan menghidupkan kembali pengalaman sebenar rakyat negara ini.

Dengan barisan perisa edisi terhad terbaharu ini, perisa ikonik Cadbury Dairy Milk sekali lagi akan dibungkus dengan paparan lukisan tangan oleh ikon Malaysia, Datuk Lat. Ilustrasi itu memaparkan Lat, Budak Kampung di dalam tiga sinario berbeza – masyarakat yang bekerja secara harmoni membina jambatan, perhimpunan menjamu durian dan, Lat dan Epit bersama- sama menanam pokok durian. Lukisan itu tertumpu kepada tema semangat kebersamaan Malaysia untuk membantu antara satu sama lain di dalam persekitaran dusun.

Coklat Cadbury Dairy Milk Durian kini boleh diperoleh di Pasar Raya dan Pasar Raya Besar utama di seluruh negara dengan harga jualan dicadangan ialah RM8.50 untuk 165g
bermula dari sekarang sehingga 30 September 2019. Kotak hadiah edisi terhad memaparkan ilustrasi Datuk Lat boleh dibeli secara eksklusif di Shopee berharga RM42.90.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
https://lomp.at/vfn29
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  2. 2

    “Terpaling Nak Kahwin”-Irma Hasmie Cetus Spekulasi Bersanding Semula Lepas Setahun Bergelar Ibu Tunggal

  3. 3

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  4. 4

    [VIDEO] Telatah Anak Siti Nurhaliza, Ramai Teruja Tengok Afiyah ‘Speaking English’

  5. 5

    [VIDEO] “Ada Hikmah Abah Sakit, Akhirnya Anak-Anak Bantu Berniaga” – Aliff Syukri Bersyukur Anak Banyak Membantu

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem