Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Selera

McDonald’s Bukit Bintang Kini Dikenali Sebagai Mekdi

by Khai Azfar
August 21, 2019
Share on Facebook

McDonald’s antara restoran makanan segera popular pilihan rakyat Malaysia. Malah percaya atau tidak, McDonald’s Malaysia sudah berusia 37 tahun pada tahun ini.

Kini Dikenali Sebagai Mekdi

Sempena dengan sambutan Hari Merdeka dan Hari Malaysia, McDonald’s Malaysia meraikan ulangtahun 37 tahunnya dengan menerima pakai nama panggilannya terbaharu yang dikenali sebagai Mekdi. Malah papan tanda yang tertera Mekdi – panggilan tempatan bagi McD iaitu akronim kependekan bagi McDonald kini jelas terpampang di restoran McDonald Bukit Bintang.

Restoran McDonald’s Pertama Di Malaysia 

Tertanya mengapa McDonald’s Bukit Bintang yang mendapat perhormatan ini? Buat pengetahuan anda, lokasi ini merupakan restoran pertama McDonald’s di Malaysia yang dibuka sekitar tahun 1982.

Merancakkan lagi sambutan bulan kebangsaan, McDonald turut memperkenalkan Nasi Lemak McD, hidangan kegemaran ramai rakyat Malaysia dalam versinya tersendiri. Hidangan itu disajikan lengkap dengan nasi bersantan yang wangi, ikan bilis rangup, timun segar dan telur goreng, berserta sambal pedas. Pelanggan juga boleh meningkatkan selera mereka dengan menambah Ayam Goreng McD dan secawan Teh Ais Limau.

Wujudkan Petisyen 

Menyedari populariti Nasi Lemak di kalangan rakyat Malaysia, McDonald’s Malaysia juga memulakan petisyen di seluruh negara di laman web Change.org supaya Nasi Lemak diiktiraf secara rasmi sebagai hidangan kebangsaan Malaysia, dengan sasaran mengumpul 1 juta tandatangan menjelang Hari Malaysia (16 September).

Topik Berkaitan 'Yang Boikot Tu FOMO"- Pesakit Kanser & Doktor Buka Mata Masyarakat Tentang McDonald's Di Malaysia

Untuk anda yang ingin turut serta dalam petisyen ini, sila layari https://chng.it/LDfjGDJsQs.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
mcdonald bukit bintangmcdonaldsmekdi
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Secret Recipe
Selera

Secret Recipe Sambut Ulang Tahun Ke-29 Dengan Kejutan Manis

by Nurul A.
October 26, 2026

Bulan Oktober menjadi lebih manis di Secret Recipe! Sempena ulang tahunnya yang ke-29, rangkaian kafe kegemaran rakyat Malaysia ini membawakan...

Read moreDetails
Foto - @msocialresortpenang (IG)
Selera

Taste of Malaysia, M Social Resort Penang Perkenalkan Bufet Sempena Hari Malaysia!

by Nurul A.
September 4, 2026

Bersempena dengan sambutan Hari Malaysia pada bulan ini, M Social Resort Pulau Pinang (Penang) menjemput kamu untuk datang bersama-sama dan...

Read moreDetails
Foto - YAKIGO
Selera

YAKIGO Kini Di Ombak KLCC, Bawa Gaya Jalanan Jepun Dengan Sentuhan Malaysia

by Nurul A.
September 14, 2026

Konsep baharu makanan jalanan Jepun, YAKIGO kini hadir di Kuala Lumpur. Beroperasi di Ombak KLCC, YAKIGO, sebuah jenama yakitori moden,...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Petua Orang Dulu, 3 Bahan Ini Boleh Lebatkan Kembali Rambut Yang Gugur

  2. 2

    [REVIEW] Kudrat 1968: High Council, Ada Beberapa Perkara Yang Kurang Kena

  3. 3

    Guna Barang Dapur Sahaja, Ini Caranya Untuk Putihkan Ketiak

  4. 4

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  5. 5

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara