Saturday, June 28, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti

Sempena Merdeka, Wajah 8 Ikon Ini Boleh Ditemui Pada Biskut Jacob’s

by Phic ARMAN
August 22, 2019
11
KONGSIAN
Share on Facebook

Sempena meraikan ulang tahun kemerdekaan yang ke-62 tahun ini, Jacob’s, sebuah jenama biskut di bawah Mondelez International ingin mengiktiraf ikon terhebat Malaysia
dalam menghargai usaha dan pencapaian mereka menjadi yang pertama, yang terbaik dan original dalam bidang mereka sendiri.

Kempen Jacob’s Krim Kraker Original Meraikan Ikon Original Malaysia ini menampilkan lapan ikon Malaysia yang memberi inspirasi dan menjadi lagenda dalam bidang yang diceburi. Antaranya seperti Tunku Abdul Rahman – Perdana Menteri Malaysia pertama yang memerdekakan Malaysia. Tan Sri P. Ramlee yang merupakan Lagenda industri hiburan negara yang terkenal dengan sumbangannya dalam industri filem dan musik serta karya sastera.

Diikuti Datuk Nicol David, Ratu skuasy negara yang dikenali sebagai pemegang takhta juara skuasy dunia paling lama dan menyemarakkan nama Malaysia di mata dunia.

Selain itu, Bram Lee, bintang YouTube Malaysia pertama yang mendapat 1 juta pengikut ikon muda dalam bidang media sosial turut tersenarai. Farah Ann, Ikon gimnastik bertaraf dunia, ikon pertama Malaysia dalam sukan gimnastik. A.Chandramalar yang dikenali sebagai Wanita Besi yang merupakan wirawati polis wanita pertama Malaysia yang mengetuai Unit Anti Jenayah di Penang.

Marina Ahmad, Penawan Gunung Everest, merupakan wanita Malaysia pertama yang berjaya menakluk puncak Gunung Everest. Dan yang terakhir Yaashwin Sarawanan yang dikenali sebagai Kalkulator Manusia dan ikon termuda yang tersenarai sebagai rakyat Malaysia pertama mendapat tempat dalam rancangan ‘Asia’s Got Talent’.

Anda boleh dapatkan kraker Jacob’s peribadi anda dan juga tin dan sarung Jacob’s Krim Kraker Original edisi terhad sempena musim kemerdekaan ini. Jadikan sambutan Merdeka kali ini lebih istimewa dengan meraikan Ikon Original Malaysia dengan Jacob’s Krim Kraker Original.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Mondelez International
https://lomp.at/ag2gd
Share4Tweet3SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  2. 2

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  3. 3

    [VIDEO] “Ada Hikmah Abah Sakit, Akhirnya Anak-Anak Bantu Berniaga” – Aliff Syukri Bersyukur Anak Banyak Membantu

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Terkejut Marsha ‘Speaking English’-“Sedap Dengar Accent Dia Tu”

  5. 5

    [VIDEO] Telatah Anak Siti Nurhaliza, Ramai Teruja Tengok Afiyah ‘Speaking English’

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem