Hari yang ditunggu-tunggu peminat! Bermula pada hari ini, KFC Malaysia telah memperkenalkan semula menu kegemaran ramai, KFC Zinger Double Down yang boleh diperolehi disemua cawangan KFc untuk pilihan kombo ataupun ‘ala-carte’.

Fried Waffle Stick & Sos Coklat Diperkenalkan 

Terbaharu dari KFC, bukan sahaja Double Down malah pada hari ini anda boleh mencuba satu lagi menu terbaharu dari syarikat makanan segera terkemuka dunia ini. Menerusi perkongsian mereka di laman sosial, KFC telah memperkenalkan Fried Waffle Stick bersama sos coklat mereka. Pilihan menu itu didatangkan dengan ala-carte atapun kombo bersama ayam KFC, kentang putar, dan minuman dengan harga RM28.90 bagi setiap kombo hidangan.

Kolaborasi Bersama Pestle & Mortar 

Dalam perkembangan lain, bagi meraikan ulangtahun mereka yang ke-46, KFC Malaysia turut memperlihatakn ‘teaser’ kolaborasi mereka bersama jenama pakaian Pestle & Mortar. Untuk itu sejumlah koleksi yang dikenali sebagai 11 Finger Lickin’ Good Goods bakal diperkenalkan di Sunway Pyramid pada 5 September ini.

IKLAN

Berdasarkan carian kami, kelihatan baju, bomber jaket, topi dan banyak lagi telah diinspirasikan daripada jenama dan sejarah KFC Malaysia. Menarik bukan?