Saturday, June 28, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Bollywood

Siapa Sangka, Bintang Bollywood Ini Merupakan ‘Transgender’ Pertama Berlakon Filem

by Zaidin Albert
August 28, 2019
18
KONGSIAN
Share on Facebook

Dunia filem Bollywood bukan sahaja memperkenalkan bintang baru yang terdiri dari lelaki atau wanita berbakat malah dari golongan transgender. Nama Anjali Ameer tidak sepopular seperti nama Kajol, Kareena Kapoor yang sememangnya terkenal di seluruh dunia namun model ini telahpun dipilih menjadi salah satu bintang filem bersama pelakon veteran Bollywood, Mammootty, dalam sebuah filem yang berjudul Peranbu.

Kemunculan Anjali Ameer dalam filem ini menjadikan dirinya sebagai transgender pertama di India, yang memainan peranan utama dalam filem itu. Filem ini boleh ditonton dalam dua bahasa, Tamil dan Malayalam.

Selain Mammootty dan Anjali, filem itu juga dibintangi Sarath Kumar, Kaniha dan Suraj Venjaramoodu. Berikut beberapa fakta  mengenai Anjali, seperti yang dipetik dari The Indian Express.

Anjali berubah menjadi seorang wanita bermula sejak 2 tahun lalu, pada tahun 2015.

Dia melakukan pembedahan alat kelamin ketika berada di Bengaluru, India.

Bukan sahaja berlakon, dia juga merupakan model yang agak berjaya dan telah menjadi menghiasi muka depan dalam pelbagai majalah.

Dalam sebuah temu bual, Anjali menyebut bahawa sebelum ini dia tidak begitu percaya diri dalam dunia lakonan.

Bagaimanapun, Mammootty banyak memberi galakkan dan semangat untuk meningkatkan keyakinannya.

Dari zaman kanak-kanak, Anjali kelihatan cantik seperti seorang wanita.

Bukan sahaja wajahnya, penampilannya juga dilihat anggun sejak dulu.

Manis pada wajahnya seperti tidak ada yang menyangka bahawa dia pernah menjadi seorang lelaki.

Anjali berasal dari Kozhikode , Kerala dan seorang Muslim. Ketika dia masuk usia remaja, dia melarikan diri dari keluarganya kerana mereka tidak menerima perubahan identiti seksualnya.

Mengimbau kembali saat dia mula terjun dalam dunia lakonan, ia bermula selepas dia muncul di sebuah majalah  popular di Kerala. Kebetulan Mammootty, yang terlihat gambarnya dalam majalah itu, dia dipanggil untuk uji bakat untuk filem pertamanya Peranbu.

Tidak semua orang trangender yang berani menonjolkan diri seperti Anjali ini, semoga penglibatannya dalam dunia Bollywood dapat diterima oleh masyarakat di India! Salut untuk Anjali!

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
https://lomp.at/kt288
Share7Tweet5SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  2. 2

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  3. 3

    [VIDEO] “Ada Hikmah Abah Sakit, Akhirnya Anak-Anak Bantu Berniaga” – Aliff Syukri Bersyukur Anak Banyak Membantu

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Terkejut Marsha ‘Speaking English’-“Sedap Dengar Accent Dia Tu”

  5. 5

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem