Saturday, June 28, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Dego Ride Kembali! Kini Tawarkan Perkhidmatan Secara Percuma

by Phic ARMAN
August 29, 2019
Share on Facebook

Masih ingat lagi dengan Dego Ride? Ketika rakyat Malaysia sedang hangat berdebat mengenai keputusan Kabinet untuk mengembalikan semula perkhidmatan teksi-motosikal seperti Go-jek, Dego Ride secara senyap-senyap membuka semula perkhidmatannya.

Seperti yang dilaporkan oleh Malaymail, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq sebelum ini telah bertemu dengan pengasas Dego Ride, Nabil Feisal Bamadha untuk membincangkan rancangan masa depan untuk perkhidmatan e-hailing itu yang pernah memperoleh 1,500 penunggang dan lebih 60,000 pengguna sebelum perkhidmatan ini diharamkan oleh kerajaan 3 tahun lalu.

Bersama pengasas #Degoride , Saudara Nabil.

Sebelum diharamkan oleh kerajaan lepas, Dego berjaya menggajikan lebih 1500 mat motor.

Gaji RM1500-RM3500.

~85% mat motor yang digajikan ANAK MUDA.

Dalam tempoh masa 3 bulan sahaja, mereka telah tarik minat lebih 60,000 pengguna. pic.twitter.com/PKbZ9sNIjg

— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) August 27, 2019

Buat masa ini, keputusan Kabinet untuk meluluskan cadangan itu hanya dipersetujui “secara prinsip”, dengan kajian rangka kerja menyeluruh yang akan dijalankan oleh Kementerian Pengangkutan terlebih dahulu.

Walau bagaimanapun, menerusi laman Facebook, Dego Ride dilihat sudahpun menawarkan servis perkhidmatan teksi-motosikal tersebut malah secara percuma khas buat semua pengguna dalam tempoh terhad.

Promosi perkhidmatan percuma ini ditawarkan cuma sehari sekali dan tempoh terhad sahaja.

Sebelum Dego Ride diharamkan, caj biasa untuk perkhidmatan teksi-motosikal ini ditetapkan pada RM3 sehingga 3km, untuk kawasan Lembah Klang (meliputi beberapa bandar utama di Selangor dan Kuala Lumpur).

Jika anda mahu lebih info mengenai promosi menarik Dego Ride ini boleh memuat turun aplikasi, anda boleh klik di sini untuk ke laman web rasmi.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
https://lomp.at/qsulr
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  2. 2

    “Terpaling Nak Kahwin”-Irma Hasmie Cetus Spekulasi Bersanding Semula Lepas Setahun Bergelar Ibu Tunggal

  3. 3

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  4. 4

    [VIDEO] Telatah Anak Siti Nurhaliza, Ramai Teruja Tengok Afiyah ‘Speaking English’

  5. 5

    [VIDEO] “Ada Hikmah Abah Sakit, Akhirnya Anak-Anak Bantu Berniaga” – Aliff Syukri Bersyukur Anak Banyak Membantu

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem