• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Zynakal Masih Dibawah Pengawasan Wad Psikiatri

by Khai Azfar
September 3, 2019
Share on Facebook

Baru-baru ini industri hiburan digemparkan dengan khabar berita melibatkan penyanyi dan komposer berbakat besar, Zynakal ditahan polis selepas bertindak mencekik seorang pekerja sebuah stesen minyak di Ampang, Kuala Lumpur. Akibat kesalahan tersebut, Mahkamah Majistret Ampang Kuala Lumpur telah menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM2,800 atas kesalahannya itu selain menghalang tugas polis.

Masih Dirawat Di Wad Psikiatri 

Sejurus selepas insiden tersebut, Zyn atau nama sebenarnya Muhammad Raziq Rosli, 21, telah dibawa menjalani pemeriksaan dan rawatan di Hospital Besar Kuala Lumpur sebelum ditahan di wad psikiatri.

Berita tersebut telah dikongsi sendiri oleh sahabat baiknya, Syazwan Zanini atau lebih dikenali sebagai Wenkt yang turut memaklumkan penyanyi ini telah disahkan menghidap bipolar mania dan perlu menjalani beberapa siri rawatan pemulihan di hospital tersebut.

Sebagai salah seorang yang rapat dengan Zyn, Wenkt ketika dihubungi murai.my akui dia turut terkesan dengan khabar berita tersebut kerana apa yang terjadi padanya baru-baru ini begitu berbeza dengan perwatakan yang dikenali oleh rakan-rakannya apatah lagi pelbagai kecaman terus dilemparkan pada Zyn tanpa sebarang usul periksa.

“Saya kenal Zyn, tapi apa yang terjadi pada minggu lalu bukan Zyn yang saya kenali. Mungkin dia terbabas atau banyak benda dalam fikiran, diri belum matang dan cepat terasa bila disakat oleh ‘haters’. Kita doakan yang terbaik untuk semua orang”

Kecewa Karya Tidak Dihargai 

Kongsi Wenkt lagi yang juga merupakan Pengarah Urusan SelamatBercuti.com, Zyn pernah meluahkan rasa kecewa nya sebelum ini apabila hasil karya nya untuk beberapa orang penyanyi tidak dihargai. Dek kerana itu, Zyn telah berkongsi perasaan amarahnya pada media sosial sehingga membuatkan sesetengah pengikutnya membuat spekulasi sendiri sehingga menjejaskan nama baiknya.

“Cuma apa yang saya boleh faham ialah dia pernah mengadu sebelum ini. Dia buat lagu, bila artis nyanyi, tak mention dalam kredit yang lagu itu dia buat secara bersama dengan Zyn. Bukan kali pertama terjadi. Bila terjadi lagi, dia melenting dan meroyan dekat ig story dan orang tak faham cerita sebenar akan menyalahkan dia”

Biarpun nama Zyn terus hangat dan pelbagai kecaman terus dilemparkan padanya, bagi Wenkt dia akan terus menyokong sahabatnya itu selain menasihati Zyn agar berhati-hati dengan tindakan yang akan dilakukannya selepas ini.

“Dalam dunia hiburan, saya minta dia berhati-hati sebab semua tindakan boleh viral dalam masa yang singkat.Untuk masa depan dia, saya minta dia betulkan balik apa perancangan dia. Dia memang minat cipta lagu cuma dia masih muda dan sering ditindas. Dia banyak haters, bila orang kutuk, dia melenting, dia belum bersedia fizikal dan mental untuk dalam industri, Harapan saya, supaya dia faham yang industri ini banyak risiko dan dia kena pandai menyesuaikan diri”

Mengenai Zyn, meskipun baru dua tahun berkecimpung dalam industri muzik, namun beberapa lagu ciptaan nya berjaya menjadikan namanya popular. Antara lagu ciptaanya adalah Selamat Tinggal Sayang nyanyian Haqiem Rusli, Sabar dendangan Ismail Izani, Bukan Yang Terbaik (Adzrin) Terasa Cinta (Fara Hazel dan Aiman Tino). Selain bersahabat baik dengan penyanyi-penyanyi ini, Zyn juga merupakan anak saudara kepada penyanyi lagenda terkenal, Zamani.

Zynakal
https://lomp.at/y8w6v
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Berita

Puteri Balqis Balas Kenyataan Daler Yusuf Tegur Bapa Tiri & Tunang

by Naddy Joe
January 26, 2026

Pelakon, Puteri Balqis tampil membidas kenyataan aktor, Daler Yusuf yang berpendapat tunang dan bapa tiri itu seharusnya tidak masuk campur...

Read moreDetails
Gossip

Radin ERA Bersuara Selepas Dipersoal Netizen Tak Mulakan Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella ‘On Time’

by Naddy Joe
February 16, 2026

Penyampai radio dan pengacara, Radin ERA tampil memberi respon terhadap komen netizen yang mempersoalkan dirinya yang dikatakan tidak memulakan konsert...

Read moreDetails
Gossip

Janna Nick Tampil Mohon Maaf, Undang Pelbagai Reaksi Netizen-“Diam Lebih Baik…”

by Naddy Joe
January 27, 2026

Pelakon, Janna Nick tampil membuat permohonan maaf disebabkan hantarannya yang boleh mencetuskan spekulasi mana-mana pihak. Permohonan maaf tersebut dibuat selepas...

Read moreDetails
Gossip

[VIDEO] Lan Pet Pet Mohon Maaf Secara Bersemuka Dengan Fazura, Netizen Puji!

by Naddy Joe
February 9, 2026

Nama salah seorang ahli kumpulan Senario iaitu Lan Pet Pet sebeum ini mencetuskan kritikan netizen selepas didakwa memberikan lawak yang...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] “Cantiknya Anak Awie”- Wajah Arni Nazira Zaman Muda Kembali Jadi Sebutan

  2. 2

    Didakwa Halang Pengguna Kerusi Roda Masuk Premis, Tindakan Butik Undang Perdebatan

  3. 3

    Nasi Berlauk Sedap RM5 Jer, Ini Warung Yati Di KL Yang Wajib Singgah!

  4. 4

    Pelancong Dakwa Terpedaya Harga Makanan RM2 Di Kawasan Tumpuan Pelancong

  5. 5

    RM17 Juta ‘Ang Pow’ Kerajaan Johor Untuk Komuniti Cina Sempena Tahun Baharu Cina 2026

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore