Sunday, July 6, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti

Anak AR Badul Maut Terkena Tembakan Demonstrasi Latihan Tentera

by Khai Azfar
September 4, 2019
Share on Facebook

Pagi tadi, media tempatan melaporkan seorang pegawai komando dari 11 Gerup Gerak Khas (11 GGK) maut selepas terkena tembakan semasa demonstrasi di Kem Lok Kawi.

Maut Terkena Tembakan Pistol 

Menurut sumber pegawai komando tersebut, Allahyarham Mejar Zahir Armaya yang juga merupakan anak kepada pelakon terkenal, AR Badul terkena tembakan pistol selepas melakukan gimik demonstrasi sempena pelancaran Divisyen Kelima Infantri Malaysia dan Briged ke-13 Infantri Malaysia. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Queen Elizabeth pada pukul 9.30 pagi.

Gambar sumber BERNAMA

Badul Redha Dan Sedih 

Dalam perkembangan lain, menerusi perkongsian Harian Metro, Badul atau nama sebenarnya Armaya Aman Ramlie redha dengan pemergian anak sulungnya itu biarpun sedih dengan insiden tersebut.

“Saya reda dan terima ujian Allah ini,”

“Apa yang berlaku kepada arwah adalah dia tertembak ketika menjalankan latihan pagi tadi. Baju kalis peluru yang dipakainya tidak mampu menahan tembakan itu dan ia sangat menyedihkan,”

Sebagai info, Badul memiliki enam anak dan Allahyarham Mohd Zahir adalah anak sulung daripada dua beradik hasil perkahwinan dengan isteri ketiganya yang berasal dari Sabah. Mohd Zahir meninggalkan seorang balu dan seorang anak termasuk dua anak daripada perkahwinan terdahulunya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Anak AR BadulAR Badul
https://lomp.at/l0h0u
Share2Tweet2SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  4. 4

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  5. 5

    [VIDEO] Gara-Gara Anak Solat Di Ruang Tamu, Rumah Maia Estianty Dikritik Ramai

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem