Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Personaliti

Rakyat Sedih Tunku Azizah Padam Akaun Twitter

by Khai Azfar
September 12, 2019
Share on Facebook

Umum mengetahui bahawa Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah merupakan satu-satunya Raja Permaisuri Agong dalam sejarah negara yang begitu aktif di media sosial. Menggunakan medium tersebut sebaiknya, Tunku Azizah bukan sahaja berkongsi rutin hariannya kepada rakyat sebagai info, malah sering berinteraksi dengan mereka mengenai pelbagai perihal.

Padam Akaun Twitter

Terbaru, satu khabar yang menyedihkan tular di media sosial yang mana Tunku Azizah menerusi akaun baginda, @cheminahsa yang dilaporkan telah menyahaktifkan (deactivate) akaun tersebut.

Tindakan tersebut dibuat Tunku Azizah selepas terdapat beberapa komen negatif daripada pengguna media sosial yang tidak menyenangi perkongsian yang dibuat baginda.

Rakyat Sedih Dan Marah

Bukan sahaja trending di media sosial, rata-rata pengguna media sosial itu turut bertindak mencari mereka yang terlibat dalam isu tersebut dan mengecam tindakan mereka sehingga membuatkan Tuanku Azizah tidak lagi aktif di laman Twitter.

Menerusi carian kami di susur masa laman media sosial itu, mereka yang sebelum ini mengikuti perkembangan Tuanku Azizah meluahkan rasa sedih dan tidak kurang juga mulai rindu dengan coretan Permaisuri kesayangan rakyat itu. Harapan kami agar Tunku Azizah akan kembali di media sosial dan terus berkongsi pada rakyat mengenai pelbagai info. Ampun Tuanku!

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
tunku azizahTwitter Tunku Azizah
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Mereka Juga Selayaknya Terima Penghargaan Ini”- UAI Terima Anugerah Tokoh Maal Hijrah

  2. 2

    Nourul Beri Pesanan Terbuka Buat Noor Azizah- “Mudah Bercakap Bila Sudah Selamat”

  3. 3

    Bakal Jadi ‘Hotspot’ Majlis Kahwin! Istana Sakura Hall Rasmi Dibuka Dengan Gaya Glamor

  4. 4

    [REVIEW] Dr Anwar Naha Dalang Kematian Ahyan Atau Sekadar ‘Umpan’? Episod 7 GBGTH Cetus Teori Baharu

  5. 5

    Masuk Je Terus Jumpa Kucing! Izawa Dessert Cat Cafe Jadi Tarikan Unik Di George Town, Pulau Pinang

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara