Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Automotif

BMW Malaysia Memperkenalkan BMW 330i M Sport Terbaharu

by Phic ARMAN
September 17, 2019
Share on Facebook

BMW Malaysia telah memperkenalkan BMW 330i M Sport yang terbaharu pada hari ini, jentera tersebut merupakan penambahan terkini dalam portfolio milik BMW yang dipasang di Malaysia. BMW 330i M Sport yang dipasang di dalam negara membawakan tahap inovasi teknologi yang sama serta perwatakan yang mengagumkan seperti varian jentera yang diimport, ia termasuk reka bentuk atletik yang menawan serta prestasi dinamik yang sinonim dengan sedan sport yang ikonik ini.

BMW 330i M Sport baharu menawarkan set roda aloi ringan 18 inci dalam penggayaan dua ruji 790 M dan dwiwarna ‘Orbit Grey’ dengan tayar bercampur, angkup berwarna biru yang memaparkan logo ‘M’ pada brek M Sport, serta lampu hadapan LED adaptif yang hadir dengan teknologi ‘Bi-LED’.

Antara ciri utama BMW 330i M Sport ialah gril ‘kidney’ yang lebih besar, serta set lampu belakang tiga dimensi dipasang dalam bentuk L dan penggunaan kaca berkabus. Bibir spoiler berciri aerodinamik yang dipasang di belakang berserta dua paip ekzos bersaiz 90 milimeter memberikan jentera ini kelebihan berdaya lasak.

Dikuasakan oleh enjin petrol TwinPower Turbo berkapasiti 2.0 liter, BMW 330i M Sport terbaharu mampu menjana kelajuan tertinggi berjumlah 250 km/j dan output setinggi 190 kW/258 kk (kuasa kuda) serta puncak tork berjumlah 400 Nm dari bacaan rpm 1,550 hingga 4,400.

Ia juga berupaya untuk membuat pecutan abad dalam masa 5.8 saat. Dengan transmisi Steptronic Sport 8 kelajuan yang dikemas kini, jentera tersebut hanya mengguna pakai bahan api berjumlah 6.4 liter bagi setiap 100 km. Emisi karbon rendah yang berjumlah 147 g/km juga dioptimumkan melalui penapis zarahan yang dirangkumkan ke dalam sistem rawatan ekzos jentera ini.

Hadir dengan tahap keterhubungan yang tinggi serta penggayaan reka bentuk interior yang mempesonakan, BMW 330i M Sport terbaharu membawakan stereng sport berkulit M Sport dengan ciri multifungsi dan padel penukar gear serta pencahayaan interior. Antara tarikan utama BMW 330i M Sport terbaharu ialah BMW Intelligent Personal Assistant dan Kunci Digital serta inovasi keselamatan yang ditawarkan dalam bentuk Park Assist dan Reverse Assist, yang diberikan oleh sistem Parking Assistant.

BMW Live Cockpit Professional yang terbaharu turut dirangkumkan, ia menggabungkan paparan boleh suai dan berpandukan situasi pada kluster instrumen digital bersaiz 12.3 inci serta Paparan Kawalan (Control Display) bersaiz 10.25 inci dengan fungsi sentuh. Kesemuanya ditawarkan menerusi Sistem Operasi BMW 7.0 (BMW Operating System 7.0).

Penawaran warna bagi jentera BMW 330i M Sport ini merangkumi warna putih (Alpine White), hitam (Black Sapphire), dan kelabu (Mineral Grey). Tawaran warna biru ‘Portimao Blue’ boleh didapati bermula Januari 2020 sementara warna jingga ‘Sunset Orange’ akan ditawarkan bermula Mac 2020. Bagi ruang interior pula, para pemilik boleh memilih upholsteri kulit ‘Vernasca’ berwarna hitam atau upholsteri kulit ‘Vernasca’ berwarna ‘cognac’.

BMW 330i M Sport berharga RM 288, 000.00 ini boleh dipandu uji di kesemua premis wakil pengedar BMW di seluruh negara.

https://lomp.at/76yr9
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Automotif

Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

by Phic ARMAN
March 6, 2026

GWM Malaysia hari ini secara rasmi menyerahkan GWM WEY G9 Hi4 PHEV pertama yang dipasang secara lokal kepada Dato’ Sri...

Read moreDetails
Automotif

[VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

by Phic ARMAN
March 25, 2026

Dalam dunia automotif mewah, nama Rolls-Royce memang tak perlu diperkenalkan lagi. Tapi kali ini, jenama ikonik itu mencipta satu lagi...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

  5. 5

    Ziana Zain Sudah Menamatkan Zaman Jandanya Dengan Seorang Ustaz? Peminat Terkejut Mengapa Kahwin Diam-Diam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara